Selepas kemasukan dua pemain import, Seok Min-Jeong dan Ranti Martins, Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) akan mengikat pemain Kelantan, Mohd Farisham Ismail.
Sumber dalaman FAP mengesahkan perkara itu dan berkata Farisham sepatutnya hadir ke majlis tanda tangan kontrak Martins dan Min-Jeong di sini hari ini namun menghadapi sedikit masalah.
Farisham berkemungkinan besar akan menyertai kesebelasan utama pasukan Harimau Kumbang itu dalam perlawanan Liga Super menentang T-Team, Sabtu ini, kata sumber tertinggi FAP itu.
Sementara itu, Pengarah Urusan FAP, Bojan Hodak berkata dengan kehadiran ketiga-tiga pemain ini, tiada lagi pertukaran pemain akan dilakukan selepas ini.
"Saya harap, dengan kehadiran mereka yang merupakan pemain yang sangat berpengalaman, kedudukan Pulau Pinang akan dapat dinaikkan dari tangga tercorot liga dan pemain-pemain muda dapat menimba pengalaman daripada mereka," katanya pada sidang akhbar di pejabat Aspen, di sini hari ini.
Farisham, 31, merupakan pemain pertahanan yang beraksi bersama Kelantan FA sejak 2009 dan telah membantu Kelantan memenangi Piala Malaysia pada 2010 dan 2012, Piala FA pada 2012 dan 2013 serta Liga Super pada 2012.
Dalam misi untuk mengelakkan pasukan tersingkir daripada Liga Super, Ketua Jurulatih pasukan Harimau Kumbang Nenad Bacina berkata perlawanan pasukan itu bersama T-Team, Sabtu ini merupakan cabaran getir buat semua.
"T-Team merupakan pasukan yang kuat dan jika dibandingkan dengan Pulau Pinang, mereka adalah pasukan pilihan...akan tetapi, kami akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menang walaupun bermain di tempat lawan," katanya.
Bacina berkata beliau berharap pemain akan dapat mempamerkan corak permainan yang mantap dan membuktikan mereka adalah pemain yang baik.
"Kita tidak ada menetapkan jumlah gol yang mesti dilakukan terutama buat pemain baharu, tetapi kemenangan itu penting dan kami perlu menang sebagai sebuah pasukan," katanya.
Sementara itu, Martins yang merupakan sandaran baharu pasukan Pulau Pinang berkata beliau sangat teruja untuk bermain di bawah kelolaan Hodak dan Bacina.
"Sebelum ini saya pernah bermain menentang pasukan dari Malaysia semasa beraksi dalam Liga India dan sedikit-sebanyak saya tahu corak permainan mereka," katanya pada sidang akhbar yang sama.
Min-Jeong pula yang merupakan bekas pemain divisyen satu Korea Selatan berkata beliau berharap dapat mempamerkan prestasi yang baik di sini walaupun ini adalah kali pertama beliau bermain di luar Korea.
"Walaupun cuaca di sini agak berbeza dari Korea, saya yakin saya mampu bermain dengan baik dan membantu pasukan untuk memenangi perlawanan yang akan datang," katanya yang merupakan pemain kedua dari Korea menandatangani kontrak dengan FAP selepas Lee Kwang-Hyun pada 2014.
Martins, Min-Jeong dan Farisham akan bersama Pulau Pinang sehingga tamat kempen Liga Super iaitu selama enam bulan dan sekiranya prestasi mereka baik, kontrak akan disambung.
Bernama
Tue Jul 12 2016
HODAK: Dengan kehadiran ketiga-tiga pemain ini, tiada lagi pertukaran pemain akan dilakukan selepas ini. - Gambar fail
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Kuala Lumpur City sedia teruskan perjuangan tanpa Bojan Hodak
Kelangsungan dalam pasukan perlu diteruskan, apatah lagi KL City memiliki tugasan besar bertemu Kelantan FC, hari ini.
Jurulatih datang dan pergi - Hodak
Hodak mengejutkan bola sepak tanahair apabila mengumumkan perletakan jawatan sebagai pengendali skuad warga kota pada Rabu.
Bojan Hodak lepas jawatan ketua jurulatih KL City
Keputusan diambil jurulatih berusia 52 tahun itu selepas mendapat tawaran kelab Indonesia, Persib Bandung.
Piala FA: Bojan Hodak bukan ahli silap mata, akui KL City berdepan masalah pembayaran gaji
KL City mara ke final selepas menewaskan Terengganu FC 4-2 dalam penentuan sepakan penalti aksi separuh akhir di Gong Badak semalam.
Liga Super: TRW bangkit ikat City Boys
Kelantan FC bangkit ketinggalan dua gol untuk mengikat Kuala Lumpur City (KL City) FC 2-2 pada saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada Jumaat.
Liga Super: Bojan Hodak kecewa KL City tiada padang sempurna untuk latihan
Padang latihan mereka di Pudu Ulu dan di Stadium KLFA, Cheras, berada dalam keadaan yang tidak memuaskan.
KL City sedia gempur, Kedah mahu elak 'kejutan'
KL City, naib juara Piala AFC musim lalu, membuat persediaan rapi untuk musim baharu ini dengan membawa masuk nama-nama hebat dalam kancah bola sepak tempatan.
KL City perlu lebih masa untuk capai keserasian - Hodak
Ketua jurulatih Kuala Lumpur (KL) City FC Bojan Hodak merasakan pasukannya memerlukan lebih masa untuk mencapai keserasian, walaupun memenangi Piala Menteri Wilayah Persekutuan 2023 malam tadi.
ABK22: Kim Swee, Hodak, Nafuzi bersaing rebut jurulatih terbaik
Kim Swee menyifatkannya satu penghargaan, apatah lagi ia tahun pertama beliau diberi kepercayaan membimbing kelab di pentas Liga M.
KL City FC perlu belanja lebih besar musim depan - Bojan Hodak
Bojan Hodak mendakwa KL City adalah antara kelab dengan perbelanjaan terkecil sehingga menyukarkan beliau membentuk sebuah pasukan terbaik musim ini.