awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
SpaceX lancar kumpulan baharu satelit Starlink
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fatin Nurfatehah pecah rekod kebangsaan di Piala Dunia Paris 2023

Bernama
Bernama
16/08/2023
10:39 MYT
Fatin Nurfatehah pecah rekod kebangsaan di Piala Dunia Paris 2023
Fatin Nurfatehah mengumpul keseluruhan 704 mata selepas 72 panahan pada pusingan kelayakan, bagi penentuan ranking dan sekali gus memadam rekod lama 701 mata. -X @AtletMalaysia
KUALA LUMPUR: Pemanah elit wanita negara Fatin Nurfatehah Mat Salleh mencipta sensasi di Piala Dunia Memanah 2023 Peringkat 4 apabila memperbaharui rekod kebangsaan acara compound individu wanita di Paris hari ini.
Menurut https://info.worldarchery.org, atlet berusia 32 tahun itu mengumpul keseluruhan 704 mata selepas 72 panahan pada pusingan kelayakan, bagi penentuan ranking dan sekali gus memadam rekod lama 701 mata yang dicatatkan di Piala Dunia 2023 Peringkat 1 di Turki pada April.
Pemenang pingat emas Piala Dunia Memanah 2015 Peringkat 1 yang menduduki tangga ketujuh dalam kejohanan itu, dijadual bertemu pencabar daripada Hong Kong Ho Yan Tsang, pada saingan pusingan pertama esok.
Dalam pada itu, bagi acara compound individu lelaki, pemanah berpengalaman negara Mohd Juwaidi Mazuki mencatat 707 mata keseluruhan selepas 72 panahan di pusingan kelayakan, bagi penentuan ranking dan akan bertemu pemanah Indonesia Rajat Chauhan di pusingan pertama.
Acara compound campuran pula menyaksikan Fatin Nurfatehah-Mohd Juwaidi merakam 1411 mata keseluruhan dalam pusingan kelayakan dan layak ke pusingan penyingkiran 1/8.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fatin Nurfatehah Mat Salleh
#Piala Dunia Memanah 2023
#rekod kebangsaan
#acara compound individu wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan