awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Federer catat sejarah jadi pemain tertua No.1 dunia

Agencies
Agencies
16/02/2018
23:30 MYT
Federer catat sejarah jadi pemain tertua  No.1 dunia
Roger Federer pemain tertua menduduki ranking No.1 dunia pada usia 36 tahun selepas mara ke separuh akhir tenis Terbuka Rotterdam.
Roger Federer muncul menjadi pemain tertua menduduki ranking pertama dunia pada usia 36 tahun selepas mara ke separuh akhir tenis Terbuka Rotterdam.
Federer yang berasal dari Switzerland telah memenangi 20 Grand Slam selepas menundukkan Robin Haase 4-6, 6-1, 6-1 sekali gus menyingkirkan Rafael Nadal dari kedudukan pertama ranking dunia.
"Mencapai kedudukan nombor satu merupakan pencapaian menakjubkan dalam tenis. Apabila semakin berusia, anda perlu menggandakan usaha, bertarung dengan pencabar yang juga mahu mencapainya.
"Ini bagaikan mimpi menjadi nyata," kata Federer penuh emosi di gelenggang selepas menumpaskan lawannya dari Belanda.
Kemenangan ini menyaksikan Federer mengatasi rekod Andre Agassi yang menduduki tempat pertama pada usia 33 tahun pada tahun 2003.
Untuk rekod, ini merupakan kali pertama Federer berada di puncak sejak Oktober 2012 selepas kali pertama melakukannya pada Februari 2004.
Sebelum ini ,Federer juga pernah melakar rekod sebagai pemain paling lama berada pada kedudukan No.1 dunia.
Secara keseluruhan, Federer menduduki carta tersebut selama 302 minggu.
Topic Berkaitan
#Grand Slam
#pemain tertua
#Roger Federer
#Switzerland
#tenis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan