awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pencalonan Oscars 2026: Lima aktor bersaing bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik
Selepas menanti 24 jam, emas 100m T12 kekal milik Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Federer terkandas, Djokovic buru kejuaraan ke-8 Terbuka Australia

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
30/01/2020
11:44 MYT
Federer terkandas, Djokovic buru kejuaraan ke-8 Terbuka Australia
Bintang Serbia ini menang tiga set 7-6, 6-4 dan 6-3 menerusi aksi penuh getir yang berlangsung hampir 2 jam 20 minit itu.
Biarpun sokongan penonton di Rod Laver Arena memihak kepada Roger Federer, namun itu tidak menghalang juara bertahan, Novak Djokovic untuk menundukkan lagenda tenis dunia itu.
Aksi separuh akhir juga pertemuan ke-50 kedua-dua jaguh tenis terkemuka ini menyaksikan Djokovic terus lakar kemenangannya yang ke-27 berbanding Federer dengan 23 kemenangan.
Bintang Serbia ini menang tiga set 7-6, 6-4 dan 6-3 menerusi aksi penuh getir yang berlangsung hampir 2 jam 20 minit itu.
Federer gagal menampilkan aksi memukau dengan melakukan banyak unforced errors dan nyata beri peluang buat Djokovic.
Kekalahan ini turut menyaksikan jaguh Switzerland berusia 38 tahun ini masih gagal menguasai rentak permainan sekali gus menjinakkan Djokovic dalam aksi perebutan gelaran utama sejak aksi separuh akhir mereka menerusi Terbuka Wimbledon 2012.
Kali terakhir pertemuan dua bintang ini dalam jelajah Grand Slam adalah pada Terbuka Wimbledon tahun lalu menyaksikan Djokovic sekali lagi menggagalkan hasrat Federer mengejar trofi Grand Slam yang ke-21.
Bagi aksi di gelanggang akhir, Djokovic bakal bertemu sama ada Dominic Thiem dari Austria atau Alexander Zverev dari Jerman yang akan beraksi pada Jumaat jam 4.30 petang (waktu Malaysia).
Tahun lalu Djokovic berjaya tundukkan pemain nombor satu dunia dari Sepanyol Rafael Nadal dengan kemenangan 6-2, 6-3 dan 6-2.
Topic Berkaitan
#Alexander Zverev
#Australian Open
#Dominic Thiem
#Grand Slam
#Novak Djokovic
#Rafael Nadal
#Roger Federer
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan