awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Xi Jinping hubungi Trump selepas perbincangan maya dengan Putin
141 kes buang sampah di bawah Akta 672 terima izin mendakwa - SWCorp
Selangor FC sahkan tempat ke separuh akhir Kejuaraan Kelab ASEAN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Felda bina litar lumba RM1.9 juta di Jengka

Bernama
Bernama
13/04/2013
09:43 MYT
Felda bina litar lumba RM1.9 juta di Jengka
Langkah Felda meluluskan pembinaan litar perlumbaan dengan kos RM1.9 juta di Bandar Tun Abdul Razak, Jengka di sini, antara lain bertujuan menjana ekonomi penduduk setempat di samping menjadi platform mencungkil bakat baharu dalam sukan permotoran negara.
Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad berkata pembinaan litar itu juga bertujuan melahirkan generasi kedua Felda yang lebih sihat dan berdaya maju.
"Kemudahan ini disediakan kepada warga peneroka dan generasi muda bagi memberi nilai tambah kepada mereka dalam usaha menjadikan masyarakat Felda sebagai contoh.
"Pihak pengurusan Felda sentiasa mengambil berat keperluan generasi muda dan menyedari bahawa golongan belia ini memerlukan satu tempat untuk memudahkan mereka berkumpul bagi melakukan aktiviti sukan dan riadah," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis pecah tanah projek Litar 'Sprint Test' Bandar Tun Abdul Razak semalam. Turut hadir Pengarah Besar Felda Datuk Faizoull Ahmad dan Pengerusi Majlis Belia Felda negeri, Datuk Wan Amizan Wan Abd Razak.
Isa berkata litar itu yang dibina di lokasi yang jauh dari kawasan kediaman diharapkan dapat membanteras masalah sosial seperti lumba haram dalam kalangan belia Felda.
Topic Berkaitan
#Felda
#litar lumba
#Tan Sri isa Samad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan