awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fernandinho sertai semula kelab Brazil

Astro Arena
Astro Arena
28/06/2022
03:47 MYT
Fernandinho sertai semula kelab Brazil
Pemain berusia 37 tahun itu pada April lalu menyatakan hasratnya untuk kembali ke Brazil sebelum menamatkan kempen kesembilannya di Stadium Etihad untuk merekodkan 383 penampilan bersama City. - Stadium Astro
FERNANDINHO sah menyertai semula bekas kelab, Athletico Paranaense, selepas mengumumkan meninggalkan Manchester City.
Pemain berusia 37 tahun itu pada April lalu menyatakan hasratnya untuk kembali ke Brazil sebelum menamatkan kempen kesembilannya di Stadium Etihad untuk merekodkan 383 penampilan bersama City.
Fernandinho mengambil alih tugas sebagai kapten City selepas pemergian David Silva pada 2020 dan memenangi lima kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL), empat trofi yang terakhir adalah ketika di bawah pengurusan Pep Guardiola.
Tetapi pemain tengah bertahan yang telah memenangi 53 penampilan bersama Brazil itu kurang diberikan peranan sepanjang musim 2021-22 apabila hanya memulakan 17 perlawanan sambil Rodri menikmati kempen hebat di bahagian tengah barisan Guardiola tersebut.
Athletico Paranaense pada malam tadi menciap gambar Fernandinho dengan Presiden, Mario Celso Petraglia, di Twitter berserta kapsyen: "Selamat kembali, Fernandinho!"
Fernandinho menghabiskan tiga musim bersama kelab yang berpangkalan di Curitiba itu sebelum menyertai Shakhtar Donetsk pada 2005, di mana dia memenangi enam kejuaraan liga utama Ukraine.
Athletico Paranaense dibimbing oleh bekas jurulatih Brazil yang memenangi Piala Dunia, Luis Felipe Scolari, yang menyertai pasukan itu pada bulan lalu.
Bem-vindo de volta, @fernandinho! Welcome back, @fernandinho! José Tramontin/athletico.com.br #BemVindoFernandinho #WelcomeFernandinho pic.twitter.com/2MkzBmoWWX
— Athletico Paranaense (@AthleticoPR) June 27, 2022
*Artikel asal disiarkan di Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Fernandinho
#Manchester City
#Athletico Paranaense
#Brazil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan