Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Seri Afandi Hamzah mengesahkan bahawa badan induk itu telah menerima surat tunjuk sebab daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) berhubung insiden kekecohan penyokong di Stadium Shah Alam, 8 Sept lepas.
Afandi berkata FAM menerima surat berkenaan sehari selepas insiden berkenaan dan mereka telah diberi tempoh 14 hari untuk memberi kenyataan balas atau berkemungkinan besar berdepan hukuman termasuk digantung daripada menyertai mana-mana kejohanan peringkat antarabangsa anjuran FIFA.
Beliau turut mengesahkan bahawa mereka telah mendapat surat tunjuk sebab pada 9 Sept lepas daripada Pejabat Pesuruhjaya Sukan dan diberi tempoh 14 hari untuk memberikan jawapan lengkap berhubung insiden berkenaan.
"Kita juga merasa kecewa dengan apa yang berlaku. Setelah membincangkan semua perkara, kita juga memfokuskan kepada tindakan-tindakan yang perlu dilakukan terutamanya dalam konteks kita kembalikan semula (pasukan bola sepak negara) ke tempat yang sepatutnya.
"Kita juga akan menghantar surat permohonan maaf kepada Kedutaan Arab Saudi di sini dan mana-mana duta yang hadir menyaksikan perlawanan berkenaan," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM di Wisma FAM, Kelana Jaya, hari ini.
Perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 antara Malaysia dan Arab Saudi terpaksa dihentikan pengadil perlawanan, Liu Kwok Man dari Hong Kong pada minit ke-88 selepas segelintir penyokong dipercayai 'Ultras Malaya' bertindak liar dengan membakar suar dan membaling mercun roket ke dalam padang.
Dalam pada itu, Afandi memaklumkan bahawa FAM akan mengutus surat kepada Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin supaya satu pertemuan dapat diatur dalam tempoh terdekat bagi membincangkan mengenai perkembangan terkini bola sepak negara.
Beliau berkata menerusi perjumpaan berkenaan yang turut disertai exco FAM, mereka berharap Khairy mendapat penjelasan tepat mengenai beberapa isu semasa bola sepak tanah air termasuk kemerosotan prestasi skuad Harimau Malaya sejak kebelakangan ini.
Afandi turut memaklumkan bahawa pasukan petugas khas FAM yang diketuai seorang lagi Timbalan Presiden FAM, Datuk Abdul Mokhtar Ahmad akan mengadakan mesyuarat khas, Isnin ini bagi membincangkan pelbagai perkara termasuk kemungkinan isu rombakan kepimpinan tertinggi FAM.
Sementara itu, beliau menegaskan bahawa FAM akan kembali memperkasakan lima perkara utama bagi memulihkan semula maruah bola sepak negara yang kian tercalar di peringkat antarabangsa.
Lima perkara berkenaan, kata Afandi adalah pembangunan belia, liga tempatan, pengurusan FAM, status Harimau Muda dan pasukan bola sepak kebangsaan.
Beliau mengakui lima perkara berkenaan masih relevan dengan perkembangan semasa bola sepak tanah air walaupun segelintir pihak mendakwa FAM masih gagal dalam pembangunan bola sepak terutamanya di peringkat akar umbi.
Menyokong pandangan Afandi adalah Abdul Mokhtar yang meminta penyokong bola sepak tempatan supaya bersabar memandangkan mereka sedang mencari jalan terbaik untuk mengatasi kemerosotan prestasi skuad bola sepak kebangsaan.
Beliau menegaskan rombakan besar-besaran dalam FAM tidak dapat menyelesaikan prestasi hambar skuad berkenaan kerana ia memerlukan satu pelan perancangan jangka panjang.
Astro Arena
Fri Sep 11 2015

Perlawanan antara Malaysia dan Arab Saudi dihentikan oleh pengadil perlawanan, Liu Kwok Man dari Hong Kong pada minit ke-88 berikutan tindakan penyokong yang membaling suar ke dalam padang. - Gambar Fail

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di KKDW
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menghadiri program Ihya Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Akta 555 memadai untuk kekang kegiatan sijil palsu - Zambry
Tiada keperluan untuk meminda Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555) bagi mengekang kegiatan pengurniaan sijil akademik palsu.

Ibu bapa Zayn Rayyan tidak mengaku salah atas pertuduhan pindaan abai kanak-kanak
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik yang dibunuh, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, atas pertuduhan pindaan.

Indikator Ekonomi MADANI catat pencapaian positif - Dr Zaliha
Indikator yang menentukan kejayaan kerangka Ekonomi MADANI telah menunjukkan pencapaian positif setakat ini, kata Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.

Cubaan pindah khinzir disyaki dijangkiti demam babi Afrika gagal
Cubaan memindah keluar sejumlah khinzir yang disyaki dijangkiti penyakit demam babi Afrika (ASF) dari daerah Sepang berjaya dipatahkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor (DVS Selangor).

Malaysia ada tempat istimewa di hati penduduk Gaza - Mahasiswa Palestin
Pelajar Gaza di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Asim S. M. Alamssi, berkongsi perasaan mendalam terhadap Malaysia yang dihargai oleh penduduk Gaza.
Perisikan Jerman: COVID-19 mungkin bocor dari makmal Wuhan
Pada tahun 2020, Agensi Perisikan Asing Jerman (BND) menganggarkan dengan kebarangkalian 80 hingga 90 peratus bahawa koronavirus yang mencetuskan pandemik COVID-19 telah dilepaskan secara tidak sengaja dari Institut Virologi Wuhan di China. Menurut laporan media tempatan Jerman, BND mempunyai petunjuk mengenai eksperimen "gain-of-function" di institut tersebut.

5,272 belia bankrap sejak 2020
Sebanyak 5,272 belia berusia 34 tahun ke bawah telah diisytiharkan muflis sejak 2020 hingga tahun ini, kata Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
Mark Carney angkat sumpah PM baharu Kanada Jumaat ini
Mark Carney akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Kanada pada hari Jumaat, menggantikan Justin Trudeau. Beliau mengambil alih kepimpinan ketika Kanada berdepan perang perdagangan dengan AS dan persiapan pilihan raya.
Api kuali musnahkan khemah peniaga Bazar Ramadan
Insiden yang berlaku sekitar jam 5 petang itu tular di TikTok, menunjukkan khemah jualannya musnah dalam kebakaran.
Walaupun dalam keadaan panik, peniaga dikenali Alif itu sempat menyelamatkan diri.
Walaupun dalam keadaan panik, peniaga dikenali Alif itu sempat menyelamatkan diri.

Annuar Musa antara 4 calon Presiden KAFA
Datuk Seri Afandi Hamzah mengesahkan pencalonan Annuar bersama tiga lagi calon bagi menggantikan Bibi Ramjani IIias IKhan yang melepaskan jawatan presiden secara sukarela pada 18 Jun lalu.

KAFA belum terima surat peletakan jawatan Bibi Ramjani
Timbalan Presiden KAFA Datuk Seri Afandi Hamzah berkata beliau sendiri hanya mengetahui perkara tersebut melalui media sosial yang kini tular.

Bibi Ramjani pecah tradisi jadi wanita pertama terajui KAFA
Beliau merupakan wanita kedua di negara ini yang dilantik sebagai presiden persatuan bola sepak selepas pelantikan Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah sebagai Presiden JDT Julai tahun lepas.

KAFA tunggu bantuan yang dijanji kerajaan negeri
Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sedang menunggu bentuk bantuan yang bakal dihulurkan kerajaan negeri bagi membolehkan Kelantan terus kekal beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Kongres Khas 29 Dis tentukan nasib KAFA
Keputusan itu dibuat pada Mesyuarat Khas badan induk bola sepak negeri itu yang berlangsung malam ini.

Kelantan sah bersaing dalam Liga Malaysia musim depan
Pemangku Presiden KAFA, Datuk Seri Afandi Hamzah, menjelaskan pihaknya telah menghantar permohonan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum tarikh tutup penyertaan 30 November.

Presiden baharu FAM ditentukan 25 Mac depan
Teka-teki siapa yang bakal menjadi Presiden FAM bakal terjawab pada 25 Mac tahun depan apabila diadakan pemilihan jawatankuasa baharu bagi penggal 2017-2021.

'FAM teliti dakwaan TMJ'
Persatuan Bolasepak Malaysia sedang meneliti secara terperinci dakwaan Tunku Mahkota Johor berhubung penyelewengan dalam persatuan itu.

Laluan sukar menanti Selangor pada saingan Piala Malaysia
Juara bertahan Piala Malaysia, Selangor berdepan laluan sukar selepas diundi bersama juara dua kali, Kelantan dan Pahang FC selain Kuala Lumpur dalam Kumpulan B.

FAM setuju tindakan FIFA
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bersetuju dengan tindakan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) yang mengarahkan pasukan Pahang dipotong enam mata setelah badan induk dunia itu meneliti proses