awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FIFA terima 4.5 juta permohonan prajualan tiket Piala Dunia 2026

Bernama
Bernama
20/09/2025
09:40 MYT
FIFA terima 4.5 juta permohonan prajualan tiket Piala Dunia 2026
FIFA berkata permohonan itu diterima daripada 216 negara dan wilayah sepanjang tempoh 10 hari permohonan. - Gambar/ Reuters
BERLIN: Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menerima sebanyak 4.5 juta permohonan tiket Piala Dunia 2026 dalam fasa prajualan khusus bagi pemegang kad kredit penaja mereka, kata badan induk bola sepak itu pada Jumaat, lapor agensi berita Jerman dpa.

Ringkasan AI
  • FIFA menerima 4.5 juta permohonan tiket Piala Dunia 2026 dalam fasa prajualan khas untuk pemegang kad kredit penaja, dengan permohonan datang dari 216 negara dan wilayah, didahului oleh Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada sebagai tuan rumah.
  • Permintaan tinggi terhadap kejohanan yang diperluaskan kepada 48 pasukan dan 104 perlawanan disifatkan sebagai bukti minat global, dengan tiket peringkat kumpulan bermula dari harga US$60 dan pembeli akan dimaklumkan mulai 29 September.
  • Fasa jualan tiket seterusnya akan berlangsung sebelum dan selepas undian kumpulan pada 5 Disember di Washington, dan FIFA turut membuka platform penjualan semula tiket yang selamat.

FIFA berkata permohonan itu diterima daripada 216 negara dan wilayah sepanjang tempoh 10 hari permohonan yang berakhir pada 1500 GMT, dengan tiga negara tuan rumah iaitu Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada mendahului senarai.
Sepuluh permohonan teratas ialah Jerman, England, Brazil, Argentina, Colombia, Sepanyol dan Itali.
Presiden FIFA Gianni Infantino menyifatkan permintaan itu sebagai "kenyataan kukuh" mengenai minat terhadap kejohanan yang diperluaskan kepada 48 pasukan dan 104 perlawanan, serta menamakan ia sebagai "acara terbesar, paling inklusif dan paling mengujakan yang pernah diadakan."
Mereka yang berjaya dalam cabutan untuk membeli tiket berharga dari US$60 bagi perlawanan peringkat kumpulan akan dimaklumkan mulai 29 Sept dan diberikan slot masa untuk membuat pembelian bermula 1 Okt.
Namun FIFA menegaskan slot masa itu tidak menjamin tiket akan tersedia.
Fasa jualan tiket seterusnya akan diadakan sebelum dan selepas undian peringkat kumpulan yang dijadual pada 5 Dis di Washington.
FIFA turut mengumumkan pembukaan platform penjualan semula tiket yang selamat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#FIFA
#prajualan tiket
#permintaan tinggi
#Piala Dunia 2026
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan