UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

FIFA, UEFA kutuk insiden tembak di badan induk Turkiye

Laporan menunjukkan 11 das tembakan dilepaskan ke arah bangunan di Istanbul ketika ahli lembaga badan itu mengadakan mesyuarat.

Astro Arena
Sat Sep 03 2022
FIFA, UEFA kutuk insiden tembak di badan induk Turkiye
FIFA dan UEFA bersama-sama mengutuk tindakan ganas ini dan menyatakan sokongan penuh kami kepada TFF. - REUTERS
PERSEKUTUAN Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) telah mengeluarkan kenyataan bersama mengutuk "perbuatan ngeri" selepas tembakan dilepaskan di ibu pejabat Persatuan Bola Sepak Turkiye, awal pagi tadi.

Laporan dari Turkiye menunjukkan 11 das tembakan dilepaskan ke arah bangunan di Istanbul ketika ahli lembaga badan itu mengadakan mesyuarat di dalamnya, mujur tiada siapa yang tercedera.

Menteri Dalam Negeri Turkiye, Suleyman Soylu, berkata dua suspek ditahan sejurus selepas kejadian itu berlaku dan menyifatkan mereka sebagai "mabuk", tetapi siasatan masih diteruskan.

Badan induk bola sepak FIFA dan UEFA mengecam tindakan itu sambil menyatakan kelegaan kerana tiada kecederaan yang dialami.


“Satu tindakan keganasan senjata api yang mengerikan terhadap rakyat dan harta benda Persatuan Bola Sepak Turkiye (TFF) telah berlaku di ibu pejabat TFF di Istanbul,” kata kenyataan itu.

“Walaupun kami berasa lega kerana perbuatan ini tidak mengakibatkan kecederaan, kami kesal kerana masih ada orang yang mampu melakukan jenayah sedemikian tanpa menghormati nyawa atau keselamatan manusia.

"FIFA dan UEFA bersama-sama mengutuk tindakan ganas ini dan menyatakan sokongan penuh kami kepada TFF dan kakitangannya dalam tempoh sukar ini. Keganasan adalah penyakit yang tidak boleh diterima dalam apa jua bentuk."

Bekas pemain antarabangsa Bayern Munich, Real Madrid dan Turkiye, Hamit Altintop, yang kini merupakan salah seorang pemimpin TFF turut berada di dalam bangunan ketika kejadian.

“Kami meniarap ke lantai sebaik mendengar tembakan,” katanya kepada akhbar harian, Milliyet. -- Stadium Astro

#FIFA#tembakan#Istanbul#Turki#UEF
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi

SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi

Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais

Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais

Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'

ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'

Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini

Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini

Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan

PM Haiti serah surat peletakan jawatan

Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Ariel Henry diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh majlis presiden peralihan ditubuhkan.
RTS JB-Singapura di landasan tepat

RTS JB-Singapura di landasan tepat

Perkambangan pembinaan Projek RTS Johor Bahru-Singapura dilihat berada pada landasan tepat.
Rakyat Israel sudah mula misi bina penempatan kekal di Gaza

Rakyat Israel sudah mula misi bina penempatan kekal di Gaza

Sekumpulan warga Israel yang bermalam di sempadan berarak memasuki Gaza pada pagi Khamis dengan matlamat untuk membuka penempatan kekal di wilayah itu. Dalam poster kumpulan itu yang tular di media sosial, tertera slogan 'tentera telah mendudukinya, maka kami akan menetap disitu'.
Malaysia sebuah negara selamat - Kedutaan AS

Malaysia sebuah negara selamat - Kedutaan AS

Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Profesor Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah negara tidak selamat dilawati.

Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China

Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
Kakitangan bakal terima tunggakan gaji dalam tempoh 30 bulan

Kakitangan bakal terima tunggakan gaji dalam tempoh 30 bulan

Isu tunggakan gaji membabitkan 20 bekas kakitangan Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) selama sembilan bulan dijangka selesai dalam waktu terdekat selepas kesemua mereka akan menerima bayaran secara berperingkat dalam tempoh 30 bulan berjumlah RM337,000.
Ranking pasukan bola sepak Vietnam merudum selepas kekalahan dalam aksi kelayakan

Ranking pasukan bola sepak Vietnam merudum selepas kekalahan dalam aksi kelayakan

Skuad itu kehilangan 30.04 mata selepas dua kekalahan berturut-turut kepada Indonesia pada Mac.
Ranking Harimau Malaya jatuh ke-138 dunia

Ranking Harimau Malaya jatuh ke-138 dunia

Skuad negara jatuh enam anak tangga daripada kedudukan ke-132 dunia kepada 138 dunia.
FIFA batal perlawanan kelayakan Piala Dunia Korea Utara, Jepun

FIFA batal perlawanan kelayakan Piala Dunia Korea Utara, Jepun

FIFA berkata bahawa perlawanan kelayakan Piala Dunia yang dijadualkan berlangsung di Pyongyang tidak akan diadakan.
FIFA lancar slogan rasmi Piala Dunia 2030

FIFA lancar slogan rasmi Piala Dunia 2030

Slogan Piala Dunia FIFA 2030 menampilkan frasa "Yalla Vamos" yang ditulis dalam kedua-dua bahasa Arab dan Sepanyol.
Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Indonesia gagal dapatkan semula dua pemain penting

Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Indonesia gagal dapatkan semula dua pemain penting

Masalah kertas kerja akan menghalang Thom Haye dan Ragnar Oratmangoen daripada bermain untuk Indonesia bagi kelayakan Piala Dunia.
Presiden FIFA tolak penggunaan 'kad biru'

Presiden FIFA tolak penggunaan 'kad biru'

Apabila laporan mengenai kad biru diedarkan pada 8 Feb, mereka terima sebahagian besar reaksi negatif dan IFAB menarik balik inisiatif itu.
JDT nombor 13 Asia ranking Piala Dunia Kelab FIFA 2025

JDT nombor 13 Asia ranking Piala Dunia Kelab FIFA 2025

JDT berada di kedudukan kedua terbaik kelab dari negara ASEAN selepas gergasi Thailand, BG Pathum United di kedudukan kesembilan Asia.
Thailand kini di kedudukan 101 ranking FIFA

Thailand kini di kedudukan 101 ranking FIFA

Thailand mendaki 12 anak tangga untuk kekal di ranking teratas, diikuti Vietnam, Malaysia, Filipina, Indonesia dan Singapura.
Ranking Harimau Malaya jatuh dua anak tangga

Ranking Harimau Malaya jatuh dua anak tangga

Penurunan ranking itu sudah dapat dijangka selepas skuad negara tewas dua perlawanan dan mencatatkan satu seri dalam aksi Piala Asia di Doha, Qatar baru-baru ini.
Tiada keperluan perkenal kad biru - Subkhiddin

Tiada keperluan perkenal kad biru - Subkhiddin

Bekas pengadil Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) Subkhiddin Mohd Salleh berpendapat tiada keperluan untuk memperkenalkan peraturan kad biru di peringkat tertinggi sukan itu.