awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dakwaan pihak istana ada kaitan lidungi ajaran Qardiani tidak bertanggungjawab - JAIS
Letupan masjid di Nigeria ragut tujuh nyawa
Sean ‘Diddy’ Combs fail rayuan mohon dibebaskan segera dari penjara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FIFA18: AmTuah, Fenrir mara ke pusingan kalah mati AFGC

Mariah Ahmad
Mariah Ahmad
15/07/2018
00:00 MYT
FIFA18: AmTuah, Fenrir mara ke pusingan kalah mati AFGC
Amirul "AmTuah" Afandi dan Muhammad Luqman Haziq Fenrir Hajiman masing-masing menjuarai peringkat kumpulan dalam AFGC.
Pemain profesional e-sukan FIFA 18, Amirul "AmTuah" Afandi dan Muhammad Luqman Haziq ‘Fenrir’ Hajiman, mara ke pusingan kalah mati Kejohanan Permainan Video Bola Sepak Asia (AFGC) hari ini, selepas beraksi cemerlang di peringkat kumpulan semalam.
AmTuah yang menjuarai Kumpulan 5 berkata, meskipun dia berpuas hati dengan prestasinya itu, tumpuan sepenuhnya perlu diberikan kepada persiapan menjelang perlawanan menentang juara bertahan kejohanan, Kartikeya Behl pada Ahad.
“Saya hanya mahu fokus berehat sepenuhnya pada malam ini (semalam).
“Jika lihat corak permainan Kartikeya, dia lebih kepada bertahan daripada menyerang, dan saya akan menonton YouTube untuk lihat apa cara terbaik untuk mengaplikasikan serangan balas apabila bertemu dengannya nanti.
“Apa-apa pun, saya akan buat yang terbaik demi Malaysia,” jelasnya kepada Astro AWANI pada Sabtu.
[#FIFA18] @AmTuah_MY & @Luqmanhzq mara ke pusingan kalah mati #AFGC esok selepas beraksi cemerlang hari ini dengan masing-masing berada di kedudukan pertama di peringkat kumpulan. Laluan sukar buat AmTuah esok, bakal berdepan dengan jaguh India, Kartikeya Behl juara tahun lalu. pic.twitter.com/GjLx9d30rk
— Mariah (@A_marea) July 14, 2018
Juara Virtuelle Bundesliga Asia Tenggara itu berkata, dalam pusingan kalah mati kejohanan AFGC yang menggunakan mod Piala Dunia FIFA 18 itu, dia bakal memilih negara England, Perancis dan Brazil.
“Ketiga-tiga negara ini mempunyai pemain-pemain yang berlari dengan laju, sesuai dengan corak permainan saya,” kata AmTuah.
Sementara itu, Fenrir yang menjuarai Kumpulan 3 akan berdepan dengan pemain Sri Lanka, Md Ahmed Shakir dalam pertemuan pertama pusingan kalah mati esok.
Seorang lagi wakil Malaysia, pasukan FrostFire, Boon Shin “Shige” bagaimanapun terkandas di saringan peringkat kumpulan.
Kejohanan AFGC anjuran Persatuan Permainan Video Atas Talian dan Sukan Siber Singapura (SCOGA) menyaksikan pemain-pemain terbaik FIFA 18 Asia berentap merebut gelaran juara selain menawarkan hadiah wang terkumpul sebanyak RM10,000.
Dua pemenang kejohanan ini juga berpeluang untuk melihat sendiri juara bola sepak Perancis Paris Saint-Germain (PSG) beraksi di Singapura pada 25 Julai hingga 1 Ogos nanti.
Topic Berkaitan
#afgc
#amtuah
#Fenrir
#FIFA
#fifa 18
#Kartikeya Behl
#Kejohanan Permainan Video Bola Sepak Asia
#luqman haziq
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan