Final Masters Jepun: Pearly-Thinaah beregu wanita pertama Malaysia muncul juara

Pearly Tan dan M. Thinaah membawa pulang wang kemenangan RM155,072.06. - Gambar fail/Bernama
USAI menjuarai Terbuka Arctic di Finland, menyaksikan sensasi Pearly Tan-M. Thinaah berterusan selepas mengungguli satu lagi kejohanan bertaraf super 500 di Kumamoto, Jepun.
Ringkasan AI
- Pearly Tan-M. Thinaah menjuarai Kejohanan Badminton Masters Jepun, menjadi kejuaraan sulung beregu wanita negara.
- Ini merupakan gelaran ketiga musim ini bagi pasangan tersebut, dengan rekod pencapaian mara ke final sebanyak tujuh kali.
- Prestasi cemerlang Pearly-Thinaah menutup set pertama dengan 20-22 dan menang set kedua 21-19, membawa pulang RM155,072.06.
Berbekalkan semangat selepas mengesahkan tiket ke final siri Kejohanan Badminton Dunia BWF, gandingan ranking kedua dunia itu melakukan kebangkitan memukau dalam set pertama selepas ketinggalan 0-7 kepada wakil tuan rumah.
Rin Iwanaga-Kie Nakanishi memiliki peluang untuk mendapatkan kemenangan, namun permainan cemerlang oleh kebanggaan Malaysia itu pantas menutup set pertama dengan 20-22.
Memasuki set kedua, beregu wanita nombor satu negara itu sekali lagi ketinggalan 10-13, tetapi ia tidak menghalang Pearly-Thinaah untuk merapatkan jurang mata.
Dengan mendominasi pertemuan (6-2) sebelum ini, ia jelas menjadi pemangkin buat pilihan utama kejohanan itu menewaskan pihak lawan dengan persembahan memukau.
Tanpa mengheret tempoh panjang, Pearly-Thinaah enggan melakukan kesilapan mudah, sekali gus menoktahkan kejayaan dengan kemenangan set kedua 21-19.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


