Zahid gesa anak muda Sabah jadi pemacu kestabilan politik, kemajuan negeri

Ahmad Zahid (tengah) yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyempurnakan gimik perasmian Program Karnival Lindung Kerjaya hari ini. - Foto Bernama
KOTA BELUD: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mahu anak muda Sabah menjadi pemacu kepada kestabilan politik dan kemajuan negeri dengan mengambil peluang disediakan kerajaan untuk membina masa depan lebih baik.
Ringkasan AI
- Anak muda Sabah perlu menjadi pemacu kemajuan negeri dengan mengambil peluang latihan TVET yang ditawarkan oleh kerajaan untuk mengurangkan kadar pengangguran yang tinggi di negeri itu.
- Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mahu memastikan anak muda Sabah diberi gaji premium sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan melalui kursus TVET bagi mencegah hijrah pekerjaan ke Semenanjung atau Sarawak.
- Kerajaan Persekutuan akan memperkukuh peluang latihan kemahiran di Sabah dengan menambah Pusat GiatMARA baharu, termasuk sebuah di DUN Tempasuk, bagi memastikan anak muda bersedia menghadapi pasaran kerja yang lebih kompetitif dan mewujudkan tenaga mahir tempatan dalam sektor berteknologi tinggi.
Ahmad Zahid berkata demikian pada Program Karnival Lindung Kerjaya di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad, Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Dr Ahmad Maslan, Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Usukan Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak, Tadzul Radim (Pintasan) dan Azuwan Marjan @ Norjan (Tempasuk).
Ahmad Zahid berkata gaji premium itu dapat memastikan anak muda Sabah tidak berhijrah ke Semenanjung atau Sarawak untuk mencari pekerjaan, sebaliknya dapat membina kerjaya dan kehidupan di negeri sendiri.
Kerajaan Persekutuan, menurut beliau akan terus memperkukuh peluang latihan kemahiran di Sabah melalui penambahan Pusat GiatMARA baharu termasuk sebuah di DUN Tempasuk bagi memastikan anak muda negeri itu bersedia menghadapi pasaran kerja lebih kompetitif.
"Kita mempunyai 25 GiatMARA di Sabah sekarang ini. Insya-Allah untuk Rancangan Malaysia Ke-13, kita akan tambah penubuhan GiatMARA dengan antaranya di Tempasuk.
"Insya-Allah, kita akan percepatkan penubuhannya demi melatih anak muda khususnya yang akan terlibat dalam bidang yang mempunyai peluang pekerjaan dengan gaji tinggi," katanya.
Ahmad Zahid berkata inisiatif itu sejajar dengan komitmen kerajaan melahirkan lebih ramai tenaga mahir tempatan dalam sektor berteknologi tinggi dan berpotensi tinggi pendapatan, sekali gus memperkukuh ekonomi Sabah secara menyeluruh.
Beliau turut menekankan kepentingan mewujudkan kestabilan politik di Sabah supaya segala potensi pembangunan dapat dimanfaatkan sepenuhnya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


