#YNWA dan Liverpool merupakan topik paling trending di dunia hari ini apabila kelab bola sepak itu berjaya menandatangani bintang Brazil, Roberto Firmino.

Peminat Liverpol ternyata teruja dengan kejayaan the Reds membawa salah seorang pemain bintang ke kelab itu.

Kehadiran Firmino amat penting bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Steven Gerrard yang berhijrah ke Amerika Syarikat dan mungkin juga Raheem Sterling yang sudah hampir pasti berhijrah ke kelab lain tidak lama lagi.

Firmino kini sedang beraksi di Copa America bersama seorang lagi tonggak Liverpool, Philippe Coutinho dimana kedua-dua pemain dijangka digandingkan sekali lagi dalam aksi suku akhir menentang Paraguay.

Gandingan itu menyaksikan Brazil layak ke suku akhir dimana Firmino menjaringkan gol kedua untuk menewaskan Venezuela 2-1.

Liverpool dan Hoffenheim bersetuju dengan bayaran £29 juta untuk Firmino selepas pemain itu bersetuju dengan syarat untuk berhijrah ke Anfield.

Ramai yang menganggap ia satu bayaran yang agak mahal tetapi bagi Larry Lime, dia tidak mempedulikan harga dan bersyukur dapat tandatangan pemain itu.


Peminat Liverpool kini tidak mempedulikan masa depan Sterling yang mahu berhijrah ke kelab lain walaupun the Reds menolak dua bidaan dari Manchester City.

Ada yang menganggap Firmino lebih hebat dari Sterling.


Selain itu peminat juga tidak sabar untuk menyaksikan gandingan samba Coutinho dan Firmino memakai jersi merah Liverpool.


Peminat tempatan pula tidak sabar untuk semua pemain baru Liverpool beraksi menentang pilihan Malaysia di Kuala Lumpur pada 24 Julai ini.


Peminat Liverpool turut berterima kasih kepada pengurusan kelab itu kerana mendapatkan Firmino dan kini mahu lengkapkan perpindahan pertahanan Southampton, Nathaniel Clyne, Mateo Kovacic dari Inter Milan dan juga penyerang Sevilla, Carlos Bacca.