KUALA LUMPUR: Menyemai semangat perpaduan menerusi sukan antara matlamat program Fit AWANI yang kembali dianjurkan Astro AWANI.
Untuk edisi kali ini, program dimulakan dengan perlawanan persahabatan bola sepak antara Skuad AWANI FC dan Co-opbank Pertama di Sekolah Antarabangsa, IGB baru-baru ini.
Pengarang Eksekutif Kandungan Jenama Astro AWANI, Zaiful Ariffin berkata, perlawanan persahabatan ini memberi ruang bukan sahaja kepada kedua-dua organisasi mengenali dengan lebih rapat, malah menggalakkan amalan budaya hidup sihat.
“Idea untuk menganjurkan perlawanan persahabatan ini tercetus hasil daripada pengamatan kita kepada komuniti bola sepak yang sangat popular di masa kini.
"Jadi kami sebagai wartawan dan kakitangan penyiaran memanfaatkan peluang ini untuk bersama-sama masyarakat baik dari kalangan warga komuniti hingga ke warga korporat," katanya selepas perlawanan persahabatan Astro AWANI menetang Co-op bank Pertama di Sekolah Antarabangsa, IGB baru-baru ini.
Tambah Zaiful, berikutan maklum balas positif yang diterima, Astro AWANI turut mempertimbang untuk mengembangkan lagi penganjuran perlawanan persahabatan itu dengan pasukan-pasukan korporat dan komuniti pada masa akan datang.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Co-opbank Pertama Malaysia Berhad (CBP), Khairil Anuar Mohammad Anuar berkata, inisiatif ini dapat merapatkan lagi hubungan kerjasama antara CBP dengan pihak media.
“Ada dua cara untuk kita merapatkan lagi hubungan dengan media iaitu secara formal dan informal. Saya percaya, dengan cara informal seperti perlawanan persahabatan dengan Astro AWANI pada malam ini juga penting malah secara tidak lansung dapat merapatkan lagi hubungan dari segi semangat kesukanan, semangat kerjasama, dan budaya kerja.
"Di samping itu, di CPB juga turut menggalakkan budaya sukan dalam korporat supaya kakitangan lebih sihat dan proaktif. Kami amat menitikberatkan aspek hubungan sosial seperti ini,” katanya.
Pada aksi yang berlangsung pada Jumaat itu, Skuad AWANI mencatatkan kemenangan 1 - 0 ke atas Co-opbank Pertama.
Eton Khir
Sun Aug 28 2022
Barisan pasukan yang beraksi pada perlawanan persahabatan berkenaan.
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta
MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta.
Pindaan Akta 655 perkenal hukuman berat, kesalahan baharu
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof bentangkan pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) dengan memperkenalkan hukuman lebih berat dan kesalahan baharu.
UCL: Trio Mbappe-Vinicius-Bellingham pacu kemenangan Real Madrid atasi Atalanta
Real Madrid mengesahkan kemenangan 3-2 Liga Juara-Juara (UCL) yang diperlukan berdepan Atalanta.
Lionel Messi, Cristiano Ronaldo tercicir daripada FIFPRO World 11
Jude Bellingham, Vinicius Junior, dan Kylian Mbappe merupakan antara enam pemain Real Madrid yang mendominasi senarai FIFPRO World 11.
Kecederaan otak akibat tanduk bola risiko pemain bola sepak hidap demensia - Kajian
Tiada bukti risiko pemain bola sepak hidap demensia dikaitkan dengan gaya hidup mereka.
Bergson, Hidalgo boleh dinaturalisasikan - Tunku Mahkota Ismail
Tunku Mahkota Ismail berpandangan Bergson Da Silva boleh dinaturalisasikan bagi memperkuat pasukan bola sepak negara.
Piala AMEC: Hannah Yeoh titip pesanan buat Harimau Malaya
Menteri Belia dan Sukan memahami transisi yang berlaku dalam Harimau Malaya, namun, beliau optimis sekiranya skuad fokus, mereka boleh melaksanakannya.
EPL: Manchester City tamat kemarau kemenangan atasi Nottingham Forest
Jaringan Bernando Silva, Kevin De Bruyne dan Jeremy Doku menoktahkan rekod buruk City untuk kembali memperbaiki kedudukan dalam kelompok empat teratas.
Tiada istilah skuad kedua Harimau Malaya - Dollah Salleh
Dollah Salleh percaya tiada istilah skuad pertama mahupun kedua membabitkan pasukan kebangsaan itu yang bakal menggalas tugas negara pada saingan Piala ASEAN 2024 bermula Ahad ini.
KBS tunggu pengesahan rasmi kerajaan Johor jadi tuan rumah bola sepak Sukan SEA 2027
KBS sedang menunggu pengesahan rasmi daripada kerajaan Johor untuk menjadi penganjur bersama Sukan SEA 2027 bagi sukan bola sepak.
NADSAR bakal pacu ekosistem sukan dron di Malaysia
NADSAR diperkenalkan hari ini bagi memacu ekosistem pembangunan sukan dron sekali gus melahirkan lebih ramai bakat baharu dalam industri dron yang semakin berkembang di Malaysia.
Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini
Hannah berharap laporan kajian prestasi PPBN yang dilakukan AFC dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini.