awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Frank Lampard kesal kem Chelsea hilang arah

Astro Arena
Astro Arena
29/05/2023
02:30 MYT
Frank Lampard kesal kem Chelsea hilang arah
Frank Lampard meninggalkan Chelsea dengan penuh kekesalan selepas seri 1-1 dengan Newcastle United, malam tadi.
CHELSEA 1 NEWCASTLE 1
Pengurus sementara, Frank Lampard meninggalkan Chelsea dengan penuh kekesalan selepas seri 1-1 dengan Newcastle United, malam tadi.
Keputusan itu bermaksud Lampard gagal mengemudi anak buahnya mengecapi sebarang kemenangan di Stamford Bridge sejak bekas bintang tengah tersebut dilantik buat kali kedua untuk menamatkan musim ini di kedudukan ke-12.
Jaringan sendiri Kieran Trippier dalam babak pertama memadam jaringan awal yang disumbangkan tuan rumah, Anthony Gordon.
“Standard kami secara kolektifnya telah menurun,” katanya.
“Ketika ini saya perlu bersikap jujur mengenainya kerana ia adalah perlawanan terakhir saya, saya mungkin tidak melihat sebahagian daripada mereka lagi.
“Standard keseluruhan kelab seperti Chelsea perlu berada di tahap maksimum atau anda tidak akan cukup kompetitif daripada segi fizikal mahupun beraksi di tahap tinggi.
"Kepantasan tinggi dengan gaya Liga Perdana Inggeris (EPL) dituntut.
“Anda perlu bersatu hati di bilik persalinan dan lantang di bilik persalinan, saling memberi dorongan serta berdaya saing kerana perebutan tempat.
"Mana-mana pasukan teratas perlu memilikinya.
"Sebaik tiba di sini, saya dapat melihat ia tidak memadai. Sudah tentu pengurus yang sangat berkaliber mampu mengubahnya tetapi semua orang juga perlu bertanggungjawab, pemain termasuk kelab.” - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Chelsea
#Newcastle United
#Frank Lampard
#Liga Perdana Inggeris
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan