awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gambar Dollah Salleh 'pekena kopi' bersama TMJ tular

Syafique Shuib
Syafique Shuib
24/07/2017
03:28 MYT
Gambar Dollah Salleh 'pekena kopi' bersama TMJ tular
Gambar ini menarik perhatian ramai kerana Dollah sebelum ini digantung 18 bulan dan denda RM30,000. -Gambar: Facebook/Johor Southern Tigers
Laman Facebook Johor Southern Tigers pada Ahad telah memuat naik gambar Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan ketua jurulatih Pahang, Dollah Salleh duduk bersama.
Kapsyen yang disertakan dengan gambar itu adalah “DYAM Tunku Mahkota Johor 'minum kopi' bersama Dollah Salleh” tanpa sebarang maklumat lanjut.
Gambar itu menarik perhatian ramai peminat bola tempatan kerana Dollah sebelum ini telah digantung 18 bulan dan denda RM30,000 oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM kerana mengkritik pengadil selepas pertemuan Pahang dan FELDA United, 1 Julai lalu.
MESTI BACA: Pahang lega penggantungan Dollah Salleh tidak jejas persembahan
Gambar itu kini tular dengan 645 perkongsian dan lebih dari 700 komen.
Ramai tertanya-tanya apa agaknya yang sedang dibincangkan oleh kedua-dua pihak.
“Bincang baik-baik ya, InsyaAllah ada penyelesaian,” kongsi netizen bernama Fahmi Marsim.
Aimar Figueroa berkata, “Mungkin ada pelan baik selepas ini.”
Memetik laporan sebelum ini, Dollah didapati melanggar Artikel 61 Kod Tatatertib FAM yang dibaca bersama Artikel 88 statut FAM selepas tindakannya yang membuat kenyataan di ruangan media melibatkan FAM tanpa kebenaran yang boleh menjejaskan reputasi FAM.
Beliau turut dihukum kerana mengecam urusan pentadbiran hal-ehwal FAM melibatkan mutu pengadilan Liga Malaysia (Liga-M).
Topic Berkaitan
#Dollah Salleh
#Johor Southern Tigers
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan