CRYSTAL PALACE 0 MANCHESTER CITY 2
Manchester City berkemungkinan dinobatkan sebagai juara Liga Perdana Inggeris penghujung minggu ini selepas jaringan daripada Sergio Aguero dan Ferran Torres memastikan kemenangan 2-0 mereka ke atas Crystal Palace malam tadi.
Aguero, yang merupakan pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman City, akan meninggalkan Stadium Etihad apabila kontraknya tamat bulan depan selepas kempennya kali ini terganggu oleh masalah kecergasan.
Tetapi penyerang Argentina itu menemui kembali sentuhan magisnya ketika menghasilkan gol pembukaan gemilang pada minit ke-57, yang turut merupakan jaringan keduanya sepanjang musim ini.
Hanya dibezakan 83 saat sebelum Torres pula mempamerkan penyudah tenang bagi mengesahkan gol kedua pasukannya dan City akan dinobatkan juara liga buat kali ketiga sepanjang empat tahun ini seandainya Liverpool menewaskan Manchester United di Old Trafford malam esok.
Pertahanan sayap Palace, Tyrick Mitchell, melakukan hadangan penting ketika Torres melepaskan sepakan voli daripada hantaran lintang Benjamin Mendy pada minit kesembilan.
Raheem Sterling kemudian meluru ke arah kawasan Palace susulan lorongan jauh Aymeric Laporte tetapi Mitchell sekali lagi menyelamatkan situasi getir itu.
Christian Benteke mempunyai peluang terhidang sebelum setengah jam permainan, malangnya penyerang Belgium itu melepaskan rembatan yang terlalu hampir dengan penjaga gol City, Ederson.
Dengan beberapa perancang utama mereka direhatkan di bangku pemain simpanan, City bergelut untuk bergerak secara lancar. Gabriel Jesus dapat melepaskan voli susulan hantaran lintang Fernandinho pada minit ke-36 tetapi dia terlebih dahulu dikesan berada di kedudukan ofsaid.
Dengan percubaan bertali arus yang dihasilkan gagal, Aguero memilih untuk melakukan sesuatu yang lebih mudah dengan mengawal hantaran lintang Mendy sebelum melepaskan separa voli yang melewati kawalan penjaga gol, Vicente Guaita.
Gerakan empat penyerang City semakin menjadi-jadi selepas itu dan Aguero turut terlibat merencanakan serangan mengerikan berkenaan sebelum Torres menemui penjuru kiri bawah gawang lawan bagi memastikan kemenangan berkenaan.
Astro Arena
Sat May 01 2021
Sergio Aguero menjaringkan gol pertama pasukannya ketika perlawanan EPL antara Crystal Palace dan Manchester City di Selhurst Park, London, England, 1 Mei, 2021. (Foto AP)
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Piala AFF 2024: Aguero tekad raih tempat dalam skuad Harimau Malaya
Selepas tewas dalam dua perlawanan persahabatan bulan lepas, Aguero bersemangat untuk membantu Malaysia bangkit dengan matlamat memperbaiki ranking pasukan.
Sergio Aguero lega peroleh jaringan pertama
Kapten Sri Pahang FC, Sergio Aguero, mengakui gembira dengan jaringan sulung yang diraih untuk kempen Liga Super musim 2023.
Muhammad Haqimi terkejut, Aguero cukup 'Malaysia' untuk sarung jersi kebangsaan
Beliau terkejut menjadi antara 29 pemain disenaraikan untuk menyertai kem latihan pusat pasukan negara menghadapi dua aksi antarabangsa.
Satu penghormatan jadi rakyat Malaysia - Sergio Aguero
Aguero menjelaskan dia sangat berbangga menjadi rakyat negara ini.
Lee Tuck, Aguero kini bergelar pemain tempatan
Rayuan Sri Pahang FC untuk mendaftarkan pemain naturalisasi Lee Tuck dan Sergio Aguero sebagai pemain tempatan dalam Liga Malaysia 2022 kini telah diluluskan Liga Bolasepak Malaysia (MFL).
Sergio Aguero umum bersara selepas dikesan alami masalah jantung
Penyerang Barcelona, Sergio Aguero mengumumkan persaraannya daripada arena bola sepak pada Rabu selepas sebulan pemain berusia 33 tahun.
Aguero dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit dada
Aguero mengalami sakit dada pada separuh masa pertama dan digantikan oleh Philippe Coutinho.
Messi tiada, Aguero pula cedera
Barca turut berada dalam situasi kewangan yang mengerikan menuju musim baru.
Barcelona tandatangani Aguero secara perpindahan percuma
Penyerang berusia 32 tahun itu menjalani pemeriksaan kesihatan di Sepanyol semalam, dua hari selepas perlawanan terakhirnya bersama City.
Aguero: Tidak akan ada sehebatnya di Etihad
Aguero menjaringkan gol sebanyak dua kali sewaktu menentang Everton kelmarin untuk menjadikan jumlah jaringannya sebanyak 184 gol, sekali gus memecahkan rekod yang dahulunya dipegang Wayne Rooney.