KUALA LUMPUR: Jaringan jarak jauh yang memukau pemain pertahanan import Sabah FC Park Tae-su ketika menentang Petaling Jaya (PJ) City FC pada aksi peringkat kumpulan Piala Malaysia 2021 mendapat perhatian meluas termasuk di peringkat antarabangsa.
Rata-rata peminat bola sepak tanah air memuji jaringan 'roket' dari jarak kira-kira 35 meter itu yang disifatkan jarang berlaku dalam kancah saingan tempatan.
Bagi pemenang Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016 Mohd Faiz Subri, jaringan menarik secara tidak langsung menaikkan semangat rakan sepasukan untuk melakukan aksi sama sekali gus memberikan nilai tambah kepada prestasi pasukan.
"Semua jaringan ada kualiti dan keunikan tersendiri. Setiap jaringan yang dianggap cantik, pasti akan memberikan impak positif terhadap prestasi sesebuah pasukan kerana ia sebagai motivasi kepada semua pemain untuk menghasilkan lebih banyak jaringan," katanya ketika dihubungi Bernama semalam.
Mohd Faiz mencipta sensasi dalam sejarah bola sepak negara selepas menjadi pemain Asia pertama meraih Anugerah Puskas selepas meledak jaringan luar biasa ketika membantu Pulau Pinang menewaskan Pahang 4-1 dalam aksi Liga Super pada Februari 2016.
Kejayaan itu meletakkan Mohd Faiz sebaris bintang dunia apabila anugerah yang mengiktiraf gol tercantik sepanjang tahun itu pernah dimenangi beberapa pemain antaranya Cristiano Ronaldo, Zlatan Ibrahimovic, Neymar dan James Rodriguez.
Pada masa sama, gol Tae-su hasil sepakan percuma pada minit ke-20 itu berjaya menarik perhatian FIFA yang menzahirkan rasa kagum dalam ciapan Twitter rasmi badan induk bola sepak dunia itu.
"Tepukan buat Park Tae Su! Jaringan roket daripada 40 ela yang terkena palang sebelum memasuki jaring. Gol yang pasti menjadi sejarah buat @SabahFCofficial," menurut ciapan FIFA.
Ciapan tersebut mendapat hampir 4,000 twit semula dan lebih 6,000 'like' hingga berita ini ditulis.
Video klip jaringan itu turut dikongsikan laman web terkenal yang memfokuskan kepada sukan bola sepak dan budaya sukan, Bleacher Report dalam Twitter rasmi mereka dengan meraih lebih 5,700 twit semula dan lebih 13,500 'like' setakat ini.
Pada aksi Kumpulan D di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Isnin, jaringan Tae-su, 31, meletakkan Sabah FC di hadapan, namun PJ City FC bangkit menyamakan kedudukan menerusi penyerang Darren Lok pada minit ke-80 sekali gus mengikat keputusan 1-1.
Sabah FC yang menamatkan saingan Liga Super di kedudukan kesembilan musim ini, kini mengumpul satu mata dan berada di kedudukan ketiga Kumpulan D selepas satu perlawanan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 28 2021
Gol Tae-su hasil sepakan percuma pada minit ke-20 itu berjaya menarik perhatian FIFA yang menzahirkan rasa kagum. - Foto Facebook Sabah Football Club
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
'Karim' sambung khidmat bersama Sabah FC sehingga 2024
Sambungan kontrak pemain pertahanan kelahiran Korea Selatan itu disahkan pengurus pasukan, Ahmad Marzuki Nasir.
Nasib baik saya ambil sepakan itu - Tae-su
Gol gemilang pemain import dari Korea Selatan itu mencuri perhatian dunia sehingga ia turut dikongsikan FIFA dalam satu ciapan Twitter.
Gol cantik Tae-su mampu bakar motivasi pasukan - Faiz Subri
Peminat memuji jaringan 'roket' dari jarak kira-kira 35 meter itu yang disifatkan jarang berlaku dalam kancah saingan tempatan.