awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gol ke-927: Statistik luar biasa Ronaldo

Sinar Harian
Sinar Harian
11/03/2025
03:05 MYT
Gol ke-927: Statistik luar biasa Ronaldo
Aksi Ronaldo meraikan kejayaan membantu Al-Nassr menempah tempat ke suku akhir ACLE selepas menewaskan Esteghlal 3-0. - Foto Instagram Ronalso
CRISTIANO Ronaldo sekali lagi mencuri tumpuan apabila menjaringkan gol ke-927 dalam kariernya ketika membantu Al Nassr mencatat kemenangan 3-0 ke atas kelab Iran, Esteghlal, dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE).
Gol yang dijaringkan menerusi sepakan penalti itu bukan sahaja membantu kelab Liga Pro Saudi tersebut mara ke peringkat suku akhir, malah turut mencipta satu lagi rekod luar biasa dalam karier Ronaldo.
Mengikut statistik, penyerang Portugal itu kini telah menjaringkan lebih banyak gol selepas usia 30 tahun berbanding sebelum mencapai umur tersebut, sekali gus mencabar logik prestasi fizikal dalam dunia bola sepak.
Sebelum menyambut ulang tahun ke-30 pada 5 Februari 2015, Ronaldo berjaya meledak 463 gol bersama Portugal, Sporting CP, Manchester United dan Real Madrid.
Namun, selepas usia 30 tahun, jumlah golnya meningkat kepada 464, melibatkan aksi bersama Portugal, Real Madrid, Juventus, Manchester United dan kini Al Nassr.
Secara tradisinya, pemain bola sepak dianggap mencapai kemuncak prestasi mereka pada usia pertengahan hingga lewat 20-an, dengan kebanyakan kelab utama berhati-hati dalam menawarkan kontrak jangka panjang kepada pemain yang sudah mencecah usia 30-an.
Bagaimanapun, dengan kemajuan dalam bidang sains sukan dan pemakanan, ramai pemain dapat mengekalkan kecergasan mereka lebih lama, dan Ronaldo adalah bukti paling jelas bagaimana disiplin serta ketahanan fizikal mampu melangkaui batasan usia.
Sejak melepasi usia 30 tahun, kapten Portugal itu telah menambah koleksi kejuaraan dengan tiga daripada lima trofi Liga Juara-Juara, tiga daripada enam gelaran liga, dua daripada lima anugerah Ballon d'Or, serta kedua-dua trofi The Best FIFA Men’s Player.
Malah, pada usia 31 tahun, beliau turut membantu Portugal menjulang kejuaraan Euro 2016, trofi antarabangsa pertamanya. - Sinar Harian
View this post on Instagram
A post shared by Cristiano Ronaldo (@cristiano)
Topic Berkaitan
#Cristiano Ronaldo
#bola sepak
#Al Nassr
#ACLE
#luar biasa
#gol ke-927
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan