TIGER Woods dan pasukan Amerika Syarikat yang diketuainya terdesak untuk melakukan pertukaran bagi saingan ‘foursome’ dalam Piala Presiden hari ini dengan menampilkan Rickie Fowler dan Matt Kuchar bagi menggantikan pasangan Bryson DeChambeau dan Tony Finau yang ditewaskan pada hari pertama, Khamis.
Barisan AS ditundukkan 4-1 oleh skuad Antarabangsa diketuai Ernie Els 4-1 dalam saingan ‘fourballs’ pada hari pertama di lapangan Royal Melbourne, Australia semalam.
Kuchar dan Dustin Johnson akan berpasangan dalam saingan pembukaan hari ini berdepan Louis Oosthuizen dan Adam Scott sambil Fowler dijangka bergandingan dengan Gary Woodland untuk berdepan pasangan Im Sung-jae dan Cameron Smith di pihak lawan.
Sambil itu, Woods akan meneruskan gandingannya bersama Justin Thomas berdepan Byeong Hun An dan Hideki Matsuyama dan senarai itu dilengkapkan dengan pertemuan Patrick Reed dan Webb Simpson menentang Leishman dan Abraham Ancer manakala Xander Schauffele dan Patrick Cantlay menghadapi Niemann dan Adam Hadwin.
“Kami amat bersemangat menghadapi saingan hari kedua untuk memenangi beberapa perlawanan dan menterbalikkan kedudukan,” kata Woods, pemenang 15 gelaran utama.
“Perjalanan masih panjang (di sebalik ketinggalan 1-4). Pemain-pemain pasukan saya tidak sabar-sabar untuk menakluki lapangan.”
Els pula mengakui dia tidak menjangkakan pasukannya mampu mendahului 4-1, apatah lagi ia bukan kelaziman buat pasukan Antarabangsa dalam saingan Piala Presiden – mereka tewas kepada AS dalam tujuh kejohanan berturut-turut sebelumnya.
Ia satu permulaan impian buat skuad Antarabangsa semalam kerana mereka tidak pernah memenangi Piala Presiden sejak 1998.
“Saya langsung tidak jangkakan pendahuluan 4-1,” kata Els selepas saingan ‘foursomes’ itu. “Jadi, ia permulaan yang bagus. Anda pun tahu kami tidak pernah bermula seperti ini bertahan-tahun lamanya.
“Kami harus menempuh satu perjalanan yang panjang tapi kami amat menyukai lapangan golf ini.
“Kami mahu penonton lebih kuat bersorak menyokong kami. Keadaannya agak sepi (semalam) tapi harap-harap mereka akan terus mendorong kami.”
Bekas pemain nombor satu yang juga bintang Australia, Scott, memainkan peranan penting dalam pendahuluan skuad Antarabangsa itu apabila berpasangan dengan Hun An untuk mengalahkan DeChambeau dan Tony Finau 2 dan 1.
“Ia sangat mengujakan,” kata juara Masters 2013, Scott, yang akan berpasangan pula dengan Louis Oosthuizen hari ini bagi berdepan dengan pasangan Johnson-Kuchar hari ini.
Kedudukan hari pertama (fourballs):
Tiger Woods-Justin Thomas (AS) mn Marc Leishman-Joaquin Niemann (INT) 4 dan 3
Adam Hadwin-Sungjae Im (INT) mn Xander Schauffele-Patrick Cantlay (AS) 1 up
Adam Scott-Ben An (INT) mn Bryson DeChambeau-Tony Finau (AS) 2 dan 1
Hideki Matsuyama-C.T. Pan (INT) mn Webb Simpson-Patrick Reed (AS) 1 up
Abraham Ancer-Louis Oosthuizen (INT) mn Dustin Johnson-Gary Woodland (AS) 4 dan 3
Astro Arena
Fri Dec 13 2019
Tiger Woods ketika bermain di Kelab Golf Royal Melbourne pada saingan pembukaan Piala Presiden di Melbourne, 12 Dis, 2019. (Foto AP)
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Video konvoi tentera Rusia di lebuh raya Syria tular
Rakaman video konvoi besar kenderaan tentera Rusia dengan sebahagiannya membawa bendera negara itu menuju ke utara Syria tular di media sosial.
AS umum pakej bantuan ketenteraan US$500 juta untuk Ukraine
Amerika Syarikat mengumumkan pakej bantuan ketenteraan baharu bernilai US$500 juta untuk Ukraine bagi menyokong usaha pertahanan negara itu dalam menghadapi serangan berterusan Rusia.
Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober
Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.
AS gesa kumpulan pembebasan Syria sokong kerajaan peralihan inklusif
Perbincangan menekankan bahawa HTS tidak seharusnya mengambil alih kepimpinan secara automatik.
‘Tangan ghaib’ mahu tukar rejim Syria agar tidak ganggu kepentingan Israel, AS - Pakar
Tumbangnya rejim Bashar al-Assad di Syria adalah usaha terancang untuk mendirikan sebuah kerajaan baharu yang tidak mengganggu kepentingan Amerika Syarikat dan Israel di rantau berkenaan.
1MDB: Najib dakwa AS dan pembangkang ketika itu jatuhkan kerajaannya
Najib mendakwa Amerika Syarikat bawah pimpinan Demokrat sebelum ini bekerjasama dengan pembangkang Malaysia ketika itu untuk menjatuhkan beliau dan kerajaan yang diterajuinya pada 2018.
Konflik Syria: Pasukan pembebas mara ke barat Deir ez-Zor
PENTADBIRAN Hal Ehwal Ketenteraan kumpulan pembebas Syria memaklumkan pasukan itu sedang mara di kawasan pedalaman barat Deir ez-Zor.
Amerika tidak seharusnya terlibat dengan peperangan di Syria - Donald Trump
Donald Trump berpendapat, Amerika tidak seharusnya terlibat dalam apa sahaja peranan dengan Syria yang sedang bergolak ketika ini.
Manchester City buka kempen Piala Dunia Kelab berdepan Wydad AC
Piala Dunia Kelab, yang menampilkan pasukan terkemuka dari seluruh dunia, akan diadakan di 12 stadium seluruh AS dari 14 Jun hingga 13 Julai.
AS seru rakyatnya tinggalkan Syria
Jabatan Negara Amerika Syarikat menggesa warganya untuk segera meninggalkan Syria