MATTHEW Wolff menyamai rekod Kejohanan Golf Terbuka Amerika Syarikat (AS) untuk berada di landasan yang tepat melakar sejarah apabila mendahului pusingan ketiga dengan dua pukulan.
Wolff merakamkan lima di bawah par 65 pagi tadi untuk menyamai catatan terendah yang pernah dihasilkan dalam kejohanan di Winged Foot.
Pemain Amerika berusia 21 tahun itu mengalahkan sembilan depan di New York, menjadikan lima birdie sebelum mempamerkan prestasi tekan di sembilan terakhir dengan melakar bogey dan birdie.
Wolff merampas kedudukan pendahulu selepas hanya dua kali melakukan pukulan di 14 kawasan fairway, tetapi dia masih mampu mencapai melakukan lima di bawah par untuk berkelebihan dua pukulan.
65 pukulan yang dilakarnya mengulangi prestasi Justin Thomas dalam pusingan semalam bagi menghampiri rekod baru di Winged Foot.
Sekiranya dia menang, Wolff bakal muncul sebagai pemain pertama yang meraih Terbuka AS dalam kemunculan pertamanya sejak Francis Ouimet melakukannya pada 1913.
"Saya berasa tidak senang duduk.
"Ini adalah Terbuka AS dan saya sedang mendahului.
"Saya perlu cuba mengawal kegugupan agar kekal tenang, saya tidak mahu terlalu memikirkannya malam ini.
"Saya hanya mahu melalui hari yang baik, ini hanyalah pertandingan golf walaupun berprestij," kata pendahulu remaja itu.
Sementara itu, Bryson DeChambeau (70) menghuni tangga kedua selepas mencatat tiga di bawah par selain Louis Oosthuizen (68) yang menjadi pemain tunggal dengan aksi di bawah satu par.
DeChambeau memulakan dengan dua bogey berturut-turut sebelum menemui rentak di lubang 7.
Pemain Amerika itu kemudian membuat birdie di lubang 16 dan 17 tetapi hanya mampu mencapai bogey di lubang terakhir.
Pemenang edisi 2010, Oosthuizen, juga bergelut dengan empat birdie dengan dua bogey.
Hideki Matsuyama (70), Xander Schauffele (70) dan Harris English (72) masing-masing di paras par untuk satu pukulan di depan Rory McIlroy (68).
Namun, sembilan lagi pemain -- termasuk penndahulu semalam, Patrick Reed -- pasti mahu melupakan aksi buruk pusingan ketiga itu.
Juara Masters 2018 itu berbekalkan satu pukulan di bawah par di sembilan lubang awal sebelum tergelincir berikutan catatan 77 untuk tiga di atas par, sekali gus terikat di tangga ke-11.
Reed melakukan enam bogey dalam sembilan lubang terakhirnya selain bogey berganda di lubang 11, di mana dia berusaha memulihkan permainannya.
Thomas meneruskan saingan dengan empat pukulan di atas par sementara pemain nombor satu dunia, Dustin Johnson, sekali lagi serba tidak menjadi apabila merakamkan 72 untuk lima di atas par.
Astro Arena
Sun Sep 20 2020
Aksi Matthew Wolff ketika Kejohanan Golf Terbuka AS di Kelab Golf Winged Foot, di Mamaroneck, New York, AS, 19 Sept, 2020. REUTERS
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Golf Terbuka AS: Giliran pemain remaja rampas kedudukan pendahulu
Wolff merakamkan lima di bawah par 65 pagi tadi untuk menyamai catatan terendah yang pernah dihasilkan dalam kejohanan di Winged Foot.