awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Along Eyzendy meninggal dunia
Cristiano Ronaldo tidak beraksi bersama Al Nassr untuk perlawanan kedua berturut-turut
Hoe Yean raih emas 200m gaya bebas di MIAG
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Golongan OKU tidak ketinggalan meriahkan Hari Sukan Negara

Mariah Ahmad
Mariah Ahmad
08/10/2016
13:25 MYT
Golongan OKU tidak ketinggalan meriahkan Hari Sukan Negara
Pelbagai kejohanan sukan diadakan bagi golongan berkenaan termasuk Kejohanan Tenpin Boling di Mega Lanes, E-Mart, Batu Kawah. - Foto Astro AWANI
Golongan orang kelainan upaya (OKU) tidak ketinggalan dalam memeriahkan lagi sambutan Hari Sukan Negara di Sarawak.
Pelbagai kejohanan sukan diadakan bagi golongan berkenaan termasuk Kejohanan Tenpin Boling di Mega Lanes, E-Mart, Batu Kawah.
Kejohanan Tenpin Boling itu disertai lebih daripada 150 peserta yang bukan sahaja disertai golongan OKU, malah peserta normal bagi memupuk semangat bersaing yang sihat dalam bersukan.
“Adalah sesuatu yang sangat bermakna bagi komuniti melibatkan golongan OKU ini untuk turut serta dalam suasana yang mesra dan kompetitif. Ini kali pertama seumpamanya acara sukan seperti ini kami anjurkan,” ujar Presiden Persatuan Tenpin Boling Para Negeri Sarawak, Dunstan Lim.
Selain itu, dalam menjayakan Kejohanan Tenpin Boling, mereka turut sama-sama meraikan anak-anak yatim bagi memeriahkan sambutan Hari Sukan Negara kali ini.
“Kami tidak mahu dilihat sekadar menerima apa yang ada sahaja. Kami juga mahu membalas semula kepada masyarakat. Sebab itu kami mengajak anak-anak yatim untuk menyertai acara ini,” ujarnya.
Sementara itu, bagi Ketua Jurulatih Sukan Paralimpik Sarawak, Abang Kassim Kadir golongan OKU juga perlu diberi perhatian dalam penglibatan aktiviti kesukanan terutama mereka yang mempunyai minat mendalam dalam bidang tersebut.
Topic Berkaitan
#Dunstan Lim
#golongan OKU
#Hari Sukan Negara
#Kejohanan Tenpin Boling
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan