PEP Guardiola percaya Leroy Sane, Gabriel Yesus dan Raheem Sterling boleh menjadi masa depan Manchester City selepas ketiga-tiga penyerang itu bermula seiring buat kali pertama ketika menang 3-0 ke atas Crystal Palace dalam Piala FA di Selhurst Park, awal pagi tadi.
Sterling, 22, -- menyempurnakan lorongan penyerang Brazil, Yesus, -- membuat penampilan pertama penuh bersama City -- untuk membuka jaringan dua minit sebelum rehat dan pemain berusia 21 tahun, Sane, menyudahkan serangan balas dirancang oleh David Silva pada minit ke-71.
Yesus dijatuhkan pada masa kecederaan oleh Joe Ledley untuk Yaya Toure membawa City ke pusingan kelima dengan melakukan sepakan percuma, sekali gus membuatkan Guardiola berpuas hati bagaimana pemain muda itu bermain di depan.
"Yesus banyak membantu kami. Dia begitu agresif walaupun dia bukan seorang pemain yang tinggi," kata bekas bos Barcelona itu dalam sidang media selepas perlawanan.
"Ia adalah permainan pertama jadi ia tidak mudah baginya (Yesus) untuk berkomunikasi. Dia tidak bercakap Bahasa Inggeris jadi dia memerlukan masa tetapi dia membuat banyak pergerakan.
"Hantaran untuk gol pertama adalah cemerlang.
"Kami tidak boleh lupa bahawa kami bermain dengan tiga penyerang yang berusia 19, 21 dan 22.
"Mereka begitu muda. Ia adalah masa depan untuk Manchester City dan ketiga-tiga mereka telah bermain dengan baik."
Sane menyertai City daripada Schalke pada musim ini, seperti Sterling tahun sebelumnya dan Yesus adalah rekrut baru dengan perbelanjaan yang banyak untuk menyegarkan skuad lama.
Sane memulakan kehidupan di England sambil berdepan masalah prestasi dan kecergasan tetapi setelah menderita kesakitan hamstring, pemain antarabangsa Jerman itu kembali ke kesebelasan utama Guardiola.
"Anda tidak perlu menjadi pengurus untuk menyedari peningkatannya," kata Guardiola.
"Selepas perlawanan menentang Arsenal dan dia sedar perlu bangkit daripada kecederaannya dan dia melakukannya.
"Bukan sahaja dari segi gol - dalam tiga perlawanan terakhir dia menjaringkan tiga gol - ia bukan sahaja tentang itu.
"Juga dari segi terlibat dalam permainan kami, kualiti, semangat perjuangan.
"Kami tidak boleh lupa ia tidak mudah untuk pemain dari negara lain datang ke sini pada usia 20 tahun dan bermain di sebuah kelab besar di mana dia tidak mempunyai pilihan selain menang, menang dan menang.
"Ia adalah berita baik bagi kami, benar-benar berita baik."
Astro Arena
Sun Jan 29 2017
Yesus (gambar) dijatuhkan pada masa kecederaan oleh Joe Ledley untuk Yaya Toure membawa City ke pusingan kelima dengan melakukan sepakan percuma, sekali gus membuatkan Guardiola berpuas hati dengan pemain muda itu. REUTERS / Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Prestasi Manchester City kembali 'yoyo'
Haaland mengetuai kebangkitan City apabila menyamakan kedudukan pada minit ke-30 untuk mengikat separuh masa pertama dengan keputusan 1-1.
'Kelab kecil dari Johor ini nombor satu di Asia Tenggara' - TMJ
TMJ menjelaskan walaupun daripada rantau Asia tetapi kecanggihan infrastruktur membuktikan pasukannya di landasan kejayaan.
EPL: Tak pernah seperti ini - Guardiola
Catatan lima kekalahan berturut-turut dalam semua pertandingan merupakan rekod paling teruk dalam karier pengendali dari Sepanyol itu.
Jika Man City dihukum, saya akan tetap kekal bersama pasukan -- Guardiola
Guardiola tandatangani lanjutan kontrak baru dua tahun, menamatkan spekulasi mengenai perjanjian semasa yang akan tamat akhir musim ini.
Guardiola lanjut kontrak dua tahun lagi bersama Manchester City
Lanjutan kontrak itu menjadikannya pengurus City yang paling lama berkhidmat sejak Les McDowall pada 1963.
UNL: Pep Guardiola 'tidak gembira' Jack Grealish tersenarai dalam skuad England
Pep Guardiola, tidak berpuas hati apabila nama Jack Grealish tersenarai dalam skuad England menjelang saingan Liga Negara-Negara UEFA (UNL), November ini.
EPL: Kami tewas sekali lagi, kata Pep Guardiola kecewa
Ini kali pertama jurulatih kelahiran Sepanyol itu tewas dalam empat perlawanan sepanjang karier pengurusannya.
City tidak mampu tangani Bournemouth - Guardiola
Pep Guardiola mengakui Manchester City 'tidak dapat menangani' intensiti Bournemouth selepas tewas 2-1.
EPL: Stuart Pearce 'tidak terkejut' jika Pep Guardiola tinggalkan Manchester City
Bekas jurulatih West Ham, Stuart Pearce, tidak akan berasa terkejut sekiranya musim 2024/2025 merupakan tahun terakhir Pep Guardiola bersama Manchester City.
Guardiola 'rosakkan' bola sepak - Luca Toni
LEGENDA bola sepak Itali secara berseloroh menuduh Pep Guardiola 'merosakkan' permainan dan kerjayanya selepas memperkenalkan sistem false nine dalam bola sepak.