awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Haaland cemerlang lakar hatrik

Sinar Harian
Sinar Harian
19/03/2023
01:00 MYT
Haaland cemerlang lakar hatrik
Erling Haaland menjaringkan gol kedua pasukannya ketika perlawanan Piala FA suku akhir antara Manchester City dan Burnley di Stadium Etihad, Manchester, England, 18 Mac 2023. (Foto AP)
PEMAIN sensasi, Erling Haaland tiada rasa simpati apabila meledak hatrik kali keenam ketika membantu Manchester City membenam skuad bimbingan Vincent Kompany, Burnley 6-0 untuk mara ke separuh akhir Piala FA.
Ia menjadi detik malang buat Kompany yang sebelum itu diberi sambutan wira selepas 11 tahun menabur bakti di Etihad.
Bagaimanapun lain cerita di padang apabila tiada belas ihsan The Citizens terhadap bekas kaptennya itu yang merangkul empat gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL).
Kejayaan meledak hatrik itu menokok jaringan Haaland kepada 42 gol.
Turut mencatat nama selaku penjaring ialah Julian Alvarez yang menyumbat dua gol dan Cole Palmer menjaringkan satu lagi gol.
The Citizems ketika ini kekal di landasan untuk tiga kejuaraan EPL, Liga Juara-Juara dan Piala FA.
Haaland meledak lima gol ketika membelasah RB Leipzig 7-0 pada Liga Juara-Juara pertengahan minggu ini.
"Saya sangat gembira.
"Ia menjadi beberapa aksi yang bagus. (Untuk menang) 7-0 dan 6-0 sebelum rehat aksi antarabangsa sangat menakjubkan," ujar Haaland.
Di sebalik kekalahan itu, Burnley dalam laluan terbaik untuk kembali ke EPL pada musim pertama Kompany membimbing pasukan.
"Ia sentiasa menjadi tempat saya berasa bangga apabila pulang (ke Etihad), tetapi saya juga bangga datang ke sini bersama Burnley," ujar Kompany. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Manchester City
#Erling Haaland
#Piala FA
#Burnley
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan