JUARA dunia tujuh kali Formula Satu (F1), Lewis Hamilton berharap dapat mempamerkan aksi yang memberangsangkan untuk mencabar kejuaraan pada musim terakhirnya bersama pasukan Mercedes AMG Petronas.
Pemandu Britain berusia 39 tahun itu mengakui keputusan permulaan musim tidak sehebat dijangkakan selepas hanya menduduki tempat ketujuh di Grand Prix (GP) Bahrain dan kesembilan di GP Arab Saudi tetapi optimis untuk meraih kejayaan di GP seterusnya bersama pasukan Silver Arrows.
"Musim ini tidak bermula dengan baik, jadi kami berdepan dengan satu lagi cabaran dan saingan yang sukar dan saya fikir saya hanya mahu menamatkan perlumbaan musim ini dengan hebat. Kami menghadapi musim ini dengan cara yang sama seperti kebiasaannya dengan melakukan beberapa perkara yang menakjubkan bersama-sama, satu keistimewaan dan keseronokan untuk bekerja bersama Mercedes dan Petronas.
"Saya fikir saya hanya mahu menamatkan di kedudukan yang tinggi dan memberikan segala-galanya pada kejuaraan tahun ini, malangnya bukan buat masa ini tetapi perjalanan masih jauh," katanya kepada Bernama dalam temu bual eksklusif di sini, semalam.
Hamilton, yang menyertai Mercedes pada 2013 dan telah memenangi enam kejuaraan dunia dan 82 GP, akan meninggalkan pasukan Silver Arrows yang pernah mendominasi siri perlumbaan F1 pada penghujung musim ini yang mempunyai 24 perlumbaan, untuk menyertai pasukan Ferrari pada 2025.
Juara dunia tujuh kali (2008, 2014, 2015, 2017, 2018, 2019, 2020), berkongsi kehormatan kejayaan gelaran juara dunia F1 paling banyak dengan legenda F1 Michael Schumacher, juga bertekad untuk memecahkan rekod dengan merebut kejuaraan dunia kelapan.
"Mungkin terlalu jauh buat masa ini, tetapi itulah bintang utara (simbol harapan dan arah). Ia melibatkan keseluruhan pasukan...ramai orang perlu bersatu dan melaksanakan tugasan yang luar biasa.
"Itulah yang kami usahakan...berkomunikasi, berusaha untuk menghadapi pelbagai cabaran yang ada di sana,"katanya.
Mercedes yang merupakan pasukan dominan dari 2014 hingga 2021, kini menghadapi kemarau kemenangan GP sejak rakan sepasukan Hamilton, George Russell muncul juara di GP Brazil pada 13 Nov 2022.
Hamilton, yang singgah sebentar di Malaysia dalam perjalanan ke Melbourne untuk GP Australia hujung minggu depan, membuat penampilan istimewa di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Keramat di sini, semalam, di mana beliau melihat sendiri usaha berterusan ke arah kelestarian dan biodiversiti.
"Keghairahan mereka terhadap subjek pendidikan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) adalah jelas, saya sangat teruja dapat membantu dalam beberapa eksperimen mereka dan semoga suatu hari nanti akan dapat melihat beberapa murid ini bekerja dalam sukan permotoran. Ia topik yang amat penting dan sangat bagus untuk melihat kanak-kanak begitu berminat dalam usia yang masih muda," katanya.
SMK Seri Keramat muncul sebagai pemenang di antara 39 sekolah yang bertanding dalam program pengurusan sisa secara bertanggungjawab yang diterajui anak syarikat Petronas, Petronas Chemicals Group.
Sementara itu, Pengurus Besar, Pengurusan Jenama, Komunikasi, Strategik Kumpulan Petronas, Khairul Hisham Mazlan berkata gergasi minyak dan gas negara ini bersemangat untuk memacu kemajuan ke arah masa depan yang lebih baik untuk semua menyumbang ke arah planet yang lebih sihat.
"Inisiatif bersama SMK Seri Keramat ini bukan sahaja menyediakan kepada pelajar peluang pembelajaran STEM secara langsung tetapi juga menjadi platform untuk kami memupuk pemahaman bersama tentang tanggungjawab kolektif kami.
"Tahun ini adalah tahun istimewa untuk Petronas - kami menyambut ulang tahun ke-50. Apa yang anda lihat hari ini adalah bukti semangat kami untuk terus maju dan mencipta penyelesaian lebih baik bersama-sama yang memberi manfaat kepada orang ramai, rakan kongsi kami dan planet ini," katanya.
Beliau berkata program itu selaras dengan salah satu tonggak impak sosial Petronas - 'Planting Tomorrow' - yang menumpukan kepada mendidik minda muda tentang kepentingan pemuliharaan biodiversiti dan kehidupan lestari.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 16 2024
Hamilton mengakui keputusan permulaan musim tidak sehebat dijangkakan selepas hanya menduduki tempat ketujuh di GP Bahrain dan kesembilan di GP Arab Saudi. - AP
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lewis Hamilton kritik filem F1 guna gear salah
Filem yang dibintangi Brad Pitt ini dijangka ditayangkan pada tahun 2025.
Lewis Hamilton dedahkan tekanan mental dihadapinya
Lewis Hamilton mendedahkan bahawa beliau telah bergelut dengan masalah kesihatan mental hampir sepanjang hidupnya disebabkan dibuli di sekolah dan tekanan perlumbaan, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Grand Prix Belgium: Hamilton diisytihar juara selepas Russell tersingkir
Russell rersingkir selepas keretanya didapati tidak memenuhi syarat selepas perlumbaan.
F1: Hamilton menangis selepas menang GP Britain
Juara dunia tujuh kali itu menangis ketika bercakap melalui radio pasukan pada pusingan akhir.
F1: Lewis Hamilton akan 'berseronok' dari petak ke-18 di GP China
Pemandu Mercedes, Lewis Hamilton berkata dia berhasrat untuk "berseronok" dalam Grand Prix F1 China Ahad selepas berada di petak ke-18.
Lewis Hamilton buat kejutan muncul di SMK Seri Keramat
Penampilan khas Lewis Hamilton di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Keramat berjaya menarik perhatian netizen.
Verstappen ganti Hamilton musim depan?
Toto Wolff mendedahkan buat pertama kali bahawa dia berbesar hati untuk menerima kehadiran Max Verstappen menyertai pasukan Mercedes.
Pelumba F1 bimbang terhadap kenaikan kadar denda oleh FIA
Lewis Hamilton serta seluruh pelumba Formula 1 boleh dikenakan denda sehingga 1 juta euro berikutan perubahan drastik terhadap peraturan sukan itu.
F1: Hamilton mampu atasi Schumacher dengan gelaran F1 kelapan - Andretti
Mario Andretti tidak percaya Hamilton melakukan kesilapan apabila menyerahkan masa depannya kepada Mercedes.
F1: Alonso puji Verstappen sebagai pemandu terbaik selepas Schumacher
Verstappen hanya perlu mengumpul tiga mata dalam perlumbaan pecut Sabtu ini di Qatar bagi melengkapkan hatrik gelaran dunia.