awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
TPM Ahmad Zahid cadang Skim Potongan Gaji sukarela perluas program wakaf al-Quran
Lebih 51,000 penerima bantuan JKM di Kelantan masih aktif
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hamilton hilang prestasi selepas terlanggar marmot di GP Kanada

Agensi
Agensi
16/06/2025
01:00 MYT
Hamilton hilang prestasi selepas terlanggar marmot di GP Kanada
Hamilton, juara dunia tujuh kali Formula Satu, menamatkan perlumbaan di tempat keenam di Litar Gilles Villeneuve di Montreal, satu kedudukan di belakang rakan sepasukannya, Charles Leclerc. - Gambar Reuters
MONTREAL: Prestasi Lewis Hamilton pada Grand Prix (GP) Kanada musnah selepas keretanya terlanggar seekor groundhod (marmot), menurut pasukan Ferrari yang menyatakan insiden itu menyebabkan kerosakan serius pada bahagian bawah jentera.
Hamilton, juara dunia tujuh kali Formula Satu, menamatkan perlumbaan di tempat keenam di Litar Gilles Villeneuve di Montreal, satu kedudukan di belakang rakan sepasukannya, Charles Leclerc.
Sepanjang perlumbaan, Hamilton dilaporkan mengadu melalui radio bahawa dia langsung “tiada saingan dalam perlumbaan.”
Ketua pasukan Ferrari, Fred Vasseur mengesahkan kereta Hamilton melanggar seekor marmot selepas lapan atau sembilan pusingan, menyebabkan kerosakan pada lantai kereta yang mengurangkan daya tekan ke bawah (downforce) sebanyak 20 mata – bersamaan kira-kira setengah saat setiap pusingan.
Sebelum kemunculan kereta keselamatan di penghujung perlumbaan yang menyebabkan kedudukan pelumba kembali rapat, Hamilton ketinggalan sekitar 22 saat di belakang Leclerc.
“Kami akan hantar bunga kepada marmot itu,” kata Vasseur secara berseloroh.
Hamilton, yang juga seorang vegan dan pelumba paling berjaya dalam sejarah Formula Satu, nyata lebih terkesan dengan insiden itu.
“Saya menguruskan tayar dengan baik dan berasa optimis. Saya tidak nampak kejadian itu, tapi saya dengar saya telah melanggar seekor groundhog (marmot),” katanya kepada wartawan.
“Itu sangat menyedihkan kerana saya sangat mencintai haiwan. Saya sangat sedih mengenainya. Ia sungguh dahsyat. Ini tidak pernah berlaku kepada saya sebelum ini.
“Bahagian kanan lantai jentera berlubang dan semua vanes juga rosak,” tambahnya.
Untuk makluman, groundhog sering menjadi ancaman biasa di litar perlumbaan Montreal yang dibina di sebuah pulau buatan di kawasan Seaway Saint Lawrence.
Groundhog atau marmot merupakan tupai tanah besar. - Agensi
Topic Berkaitan
#Lewis Hamilton
#Grand Prix Kanada
#Ferrari
#Litar Gilles Villeneuve
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan