awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hampir 45,000 tiket perlawanan Manchester United-ASEAN All-Stars sudah terjual

Bernama
Bernama
18/04/2025
14:15 MYT
Hampir 45,000 tiket perlawanan Manchester United-ASEAN All-Stars sudah terjual
Kali terakhir United berkunjung ke Malaysia semasa jelajah pramusim 2009, menewaskan Malaysia XI dua kali, 3-2 dan 2-0 masing-masing pada 18 dan 20 Julai di Stadium Nasional Bukit Jalil. - Gambar fail/Stadium Astro
KUALA LUMPUR: Hampir 45,000 tiket perlawanan antara kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) Manchester United dan ASEAN All-Stars di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini pada 28 Mei sudah terjual setakat ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ProEvents Julian Kam berkata sambutan para peminat amat menggalakkan, terutama selepas kemenangan dramatik United pada aksi suku akhir Liga Europa UEFA pada awal pagi tadi.
"Setakat ini, sambutan sangat bagus, jualan tiket hampir mencecah 45,000. Kami berharap lebih ramai peminat akan hadir untuk menonton acara sukan terbesar di Malaysia bagi tahun 2025.
"Terutama sekali selepas persembahan United pada aksi suku akhir Liga Europa, saya rasa peminat teruja untuk hadir beramai-ramai. Peminat dari ASEAN juga akan hadir. Jadi, dapatkan tiket anda sekarang," katanya kepada Bernama hari ini.
Pada aksi awal pagi tadi, United yang dibimbing Ruben Amorim mara ke separuh akhir Liga Europa selepas mencatat kemenangan dramatik 5-4 ke atas kelab Perancis Lyon, sekali gus mara dengan agregat 7-6.
Kali terakhir United berkunjung ke Malaysia semasa jelajah pramusim 2009, menewaskan Malaysia XI dua kali, 3-2 dan 2-0 masing-masing pada 18 dan 20 Julai di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Juara 13 kali EPL itu juga dijadualkan berkunjung ke Hong Kong sebagai sebahagian daripada jelajah pramusim mereka untuk menentang pasukan kebangsaan negara itu di Stadium Hong Kong pada 30 Mei.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Manchester United
#ASEAN
#EPL
#kemenangan dramatik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan