awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hannah bangga kejayaan kontinjen Olimpik Khas negara

Bernama
Bernama
27/06/2023
16:51 MYT
Hannah bangga kejayaan kontinjen Olimpik Khas negara
Hannah berkata pihaknya menerusi KBS akan terus memberi sokongan kepada OKU untuk terus mencungkil bakat dalam mencipta nama di temasya terbabit. - Gambar fail/Bernama
SEPANG: Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menzahirkan rasa bangga dengan kejayaan kontijen negara pada Sukan Olimpik Khas di Berlin, Jerman yang berakhir Ahad lepas.
Hannah berkata pihaknya menerusi Kementerian Belia dan Sukan akan terus memberi sokongan kepada golongan kurang upaya (OKU) untuk terus mencungkil bakat dalam mencipta nama di temasya terbabit.
Skuad negara merangkul empat pingat emas, lima perak dan sembilan gangsa secara keseluruhan dan ini merupakan pencapaian terbaik sepanjang penyertaan Malaysia pada temasya sukan berprestij itu.
"Malaysia semestinya bangga dengan kontijen kita di temasya ini. Tahniah dan syabas kepada jurulatih serta ibu bapa yang memberikan sokongan kepada mereka dan juga kumpulan pengiring yang bersama mereka," katanya kepada pemberita di sini malam Selasa.
Terdahulu, beliau meraikan kepulangan wira dan wirawati negara yang dibarisi golongan istimewa itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur malam ini.
Empat pingat emas diraih oleh Khairul Zaim-Lee Khai Li (boling beregu campuran), Nurasliza Mohd Sapri (lontar peluru), Beverly Chin Lai Yen (boling perseorangan wanita) dan Nurul Syafinaz Aisyira-Tengku Nor Muzafirah (bocce unified sport beregu).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#OKU
#KBS
#Olimpik Khas
#pingat emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan