KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh enggan campur tangan berhubung kemelut terkini melanda Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia.
Hannah sebaliknya berkata adalah lebih baik bagi kedua-dua pihak menyelesaikan isu berhubung pemakaian pemain profesional itu yang menjalani latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di Bukit Kiara, secara dalaman terlebih dahulu.
Beliau juga enggan mengulas sama ada isu berkenaan mampu menjejaskan prestasi Zii Jia yang dilihat kian merudum sejak kebelakangan ini.
"Saya belum bercakap dengan Zii Jia lagi. Biar BAM selesaikan isu ini," katanya pada sidang media selepas melancarkan kejohanan bola sepak Liga Super Wanita Kuala Lumpur (KLWSL) 2023 di sini hari ini.
Dalam pada itu, Hannah percaya Pengarah Kejurulatihan Team LZJ, Wong Tat Meng perlu diberi masa dengan menumpukan usaha lebih strategik bagi meningkatkan kembali prestasi Zii Jia.
Rabu lepas, Tat Meng dalam satu hantaran menerusi laman Instagram berkata beliau benar-benar terkejut dan berasa seperti "dibuli" orang besar selepas BAM mewajibkan pemain profesional tidak memakai pakaian sukan jenama selain daripada penaja badan induk itu sekiranya mahu berlatih di ABM.
Zii Jia pula dalam satu ruangan komen hantaran Tat Meng berkata: "Jangan nanti cakap saya 'besar kepala' tak datang training (latihan) pula. Aishhhhh ... susah ni nak jadi LZJ semua salah I (saya) pening".
Timbalan Presiden 1 BAM Datuk V. Subramaniam dalam satu kenyataan semalam berkata peraturan itu hanyalah untuk pakaian dan pemain profesional dibenarkan menggunakan raket serta kasut daripada jenama penaja masing-masing ketika berlatih di ABM.
Dalam perkembangan lain, Hannah memberi bayangan beliau sudah mempunyai perancangan berhubung masa depan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail yang bakal menamatkan perkhidmatannya bulan depan.
"Ketika ini, Ahmad Shapawi sangat sibuk dengan Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China serta Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023. Biar beliau fokus kerja berkenaan, perancangannya sudah ada tapi saya mahu simpan dahulu, tiba masanya akan diumumkan," katanya.
Sukan Asia 2022 dijadual berlangsung dari 23 Sept hingga 8 Okt manakala LTdL 2023 mulai 23 hingga 30 Sept.
Sementara itu, Pengarah Program KLWSL Khushairi Aizad berkata penganjuran kali kedua kejohanan itu yang akan berlangsung esok hingga 15 Okt ini, akan menghimpun 10 pasukan antaranya KL Sunbears FC, Setiawangsa Rangers FC, Wangsa Maju City FC dan Spicegals FC.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 19 2023
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh ketika memberikan ucapan pada Pelancaran Kuala Lumpur Womens Super League 2023 di Arena Sukan Kuala Lumpur hari ini. - Foto BERNAMA
Kemelut PKR Sabah: Tunggu Anwar umum Pengerusi MPN
Semua pihak diminta bersabar untuk menunggu keputusan daripada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung perkara itu.
Reformasi pembangunan TVET perlu dibuat secara holistik
Reformasi pembangunan perlu dibuat secara holistik membabitkan ekosistem Pendidikan TVET sedia ada di Malaysia, kata Presiden Yayasan Mahir Malaysia, Datuk P Sri Ganesh.
AWANI-RareTV: Kampung bunian di Switzerland
Penulis J.R.R Tolkien menjadikan Lauterbrunnen sebagai latar dan insipirasi kepada penghasilan kampung 'Rivendell'.
Hubungan Klopp-Salah kembali jernih
Klopp dan Salah bertelagah di tepi padang ketika Liverpool seri 2-2 dengan West Ham minggu lalu.
Michelle Yeoh antara 19 penerima Medal Of Freedom
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden menganugerahkan Pingat Kebebasan (Medal Of Freedom) kepada 19 penerima di White House, Washington pada Jumaat.
AWANI Pagi: Advokasi rawatan dan pemulihan dadah atas talian
Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) memperkenalkan kaedah rawatan dan pemulihan secara atas talian, melihat kepada trend penagihan dadah ketika ini. Diskusinya bersama Pengarah Bahagian Rawatan Perubatan & Pemulihan AADK Siti Mariam Mursidan, dalam Awani Pagi 8.30 pagi nanti.
Letupan bom Sungai Golok: Polis mula guna kereta perisai
Kawalan dan rondaan menggunakan kenderaan itu dilaksanakan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) membabitkan seorang pegawai dan 13 anggota.
AWANI Ringkas: Kenaikan gaji penjawat awam mampu dilaksana
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Guna anak patung Doraemon untuk upacara panggil hujan
Anak patung Doraemon itu turut diarak ke sekitar jalan utama di Khao Khala selepas kawasan tersebut berdepan kemarau berpanjangan.
Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging ditawar kepada jiran
Saksi memberitahu mangsa dipukul dengan kayu sebelum dibunuh kejam dan tubuhnya dikerat-kerat di tengah jalan.
Hannah ulangi pendirian layak Olimpik bukan tiket masuk RTG
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh mengulangi pendirian bahawa tidak semua atlet yang berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik akan dimasukkan dalam program Road To Gold (RTG).
Had umur 30 tahun belia Malaysia berkuat kuasa 1 Jan 2026 - Hannah
Had umur 30 tahun bagi belia di Malaysia akan berkuat kuasa mulai 1 Jan 2026.
Hannah enggan masuk campur konflik BAM-Zii Jia
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh enggan campur tangan berhubung kemelut terkini melanda Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia.
KBS-Jawatankuasa RTG bincang Isnin ini - Hannah
Hannah Yeoh berkata perkara ini perlu diteliti sebaik mungkin untuk memastikan atlet yang terlibat dengan program RTG dapat memburu emas pertama negara di Sukan Olimpik.
Sukan SEA: Permulaan cemerlang buat kontinjen negara - Hannah
Hannah berkata beliau gembira dengan kejayaan atlet yang tidak dijangka merangkul pingat terutama atlet karate.
Pelaksanaan kod sukan selamat bakal diperluas ke seluruh negara - Hannah Yeoh
Kod Sukan Selamat yang diperkenalkan semalam akan diperluaskan pelaksanaannya ke seluruh negara, kata Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
KBS hasrat teruskan program 'skrin besar'
Ia bagi memberi akses tambahan kepada peminat tanah air menyaksikan acara sukan secara langsung.
KBS saran penggiat e-sukan sertai kaji selidik
Ia bertujuan mengumpul maklumat serta pandangan tentang ekosistem sukan itu di negara ini.