awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
HPUSM tawar pembelajaran teknologi robotik bagi pembedahan lutut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hannah galak persatuan anjur lebih banyak klinik sukan

Bernama
Bernama
07/09/2025
09:30 MYT
Hannah galak persatuan anjur lebih banyak klinik sukan
Hannah Yeoh (tengah) bergambar selepas sidang media jaguh skuasy dunia David Palmer (tiga, kanan) di Bukit Bintang Squash Excellence Centre, SMK (L) Bukit Bintang, hari ini. - Bernama
PETALING JAYA: Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menyeru persatuan sukan di seluruh negara agar menganjurkan lebih banyak klinik latihan bagi membangunkan kapasiti atlet dan jurulatih tempatan.
Beliau berkata beberapa jenis sukan yang mendapat sokongan dana sudah memulakan penganjuran klinik sedemikian dan capaiannya akan terus diperluaskan.
"Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ada menyediakan dana untuk klinik-klinik itu, namun tidak banyak diuar-uarkan, tetapi ia sudah dimulakan dengan beberapa sukan.
"Saya bagi contoh, sepak takraw dan wusyu tetapi kami akan cari dana yang sama untuk tahun depan supaya terus diperkasakan agar sukan lain juga menerima manfaat seperti itu," katanya pada sidang media sempena penganjuran klinik skuasy oleh pemain legenda Australia David Palmer di sini hari ini.
Terdahulu, bekas juara dunia itu mengadakan klinik skuasy selama empat hari dalam usaha menyokong pembangunan sukan berkenaan di Malaysia, khususnya dalam kalangan jurulatih dan pemain tempatan.
Hannah berkata pendekatan membawa pakar sukan antarabangsa ke dalam negara adalah antara strategi berkesan untuk meningkatkan tahap kemahiran atlet dan jurulatih, terutamanya apabila mereka tidak berpeluang menjalani latihan di luar negara.
Sementara itu, menyentuh mengenai insiden kemalangan maut membabitkan seorang peserta acara kayuhan berbasikal di Jalan Kuala Muda, Langkawi semalam, Hannah mengesahkan penganjuran acara berkenaan telah dikenakan sekatan oleh KBS.
Justeru, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa bagi menjalankan siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hannah Yeoh
#klinik sukan
#persatuan sukan
#kapasiti atlet
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan