awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hannah harap BAM kekal gandingan Tang Jie-Ee Wei dalam RTG

Bernama
Bernama
15/04/2025
21:15 MYT
Hannah harap BAM kekal gandingan Tang Jie-Ee Wei dalam RTG
Kehadiran mereka dalam program RTG hanya akan diteruskan sekiranya mereka kekal sebagai gandingan dalam acara beregu campuran. - Gambar Stadium Astro
PUTRAJAYA: Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berharap Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mempertimbangkan semula keputusan memisahkan pasangan beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei.
Beliau berkata, pengekalan pasangan yang berada dalam kelompok empat terbaik dunia itu penting bagi memastikan mereka terus tersenarai dalam Program Road to Gold (RTG) menjelang Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28).
Bagaimanapun, katanya, kehadiran mereka dalam program RTG hanya akan diteruskan sekiranya mereka kekal sebagai gandingan dalam acara beregu campuran.
"Saya tidak mahu ada situasi di mana pemain beregu badminton tiba-tiba mahu tukar pasangan. Tidak boleh begitu kerana negara sudah melabur banyak wang untuk mereka. Oleh itu, kita perlukan disiplin daripada atlet juga.
"Saya mahu pastikan BAM dan pemain menunjukkan komitmen serta tidak membuat keputusan secara sewenang-wenangnya," katanya pada sidang media di Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS), di sini, pada Selasa.
Pada bulan lalu, BAM mengumumkan gandingan beregu campuran itu akan dipisahkan untuk kejohanan akan datang, selain memberi ruang kepada jurulatih mencuba kombinasi baharu susulan ketegangan dalam hubungan mereka sejak temasya Sukan Olimpik Paris 2024.
Dalam perkembangan berkaitan, Hannah memaklumkan, pelumba basikal trek negara, Datuk Muhammad Azizulhasni Awang tidak lagi tersenarai dalam program RTG kerana kedudukannya sudah terkeluar daripada kelompok 10 terbaik dunia.
Menurutnya, dua atlet berbasikal yang tersenarai dalam program RTG tahun ini ialah Mohd Shah Firdaus Sahrom dan Nurul Izzah Izzati Mohd Asri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#program RTG
#Road to Gold
#beregu campuran negara
#Chen Tang Jie-Toh Ee Wei
#Hannah Yeoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan