awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hannah mahu pastikan Faisal Halim pulih sepenuhnya sebelum kembali beraksi

Bernama
Bernama
13/06/2024
11:00 MYT
Hannah mahu pastikan Faisal Halim pulih sepenuhnya sebelum kembali beraksi
Hannah berkata beliau hendak memastikan Faisal mengambil masa dan betul-betul pulih sebelum keluar bermain. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh mahu memastikan pemain bola sepak kebangsaan dan Selangor FC, Mohamad Faisal Abdul Halim atau Faisal Halim pulih sepenuhnya sebelum kembali beraksi.
Beliau yakin bahawa pemain sayap berusia 27 tahun yang menjadi mangsa serangan asid itu, sememangnya mempunyai tekad yang tinggi untuk kembali beraksi namun tidak mahu Faisal terburu-buru kembali ke padang.
"Saya nak pastikan beliau ambil masa dan pastikan betul-betul pulih sebelum keluar bermain kerana saya rasa bola sepak akan menunggu Faisal.
"Saya harap beliau jangan tergeas-gesa, pastikan beliau sembuh sepenuhnya kerana bola sepak perlukan beliau," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang kejohanan e-sukan bagi warga emas, Boomers2Gamers di sini hari ini.
Faisal dilaporkan mengalami kelecuran tahap empat akibat disimbah asid oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya pada 5 Mei lepas.
Faisal yang membuat penampilan pertama di khalayak umum sejak insiden itu pada sidang media hari ini, mengakui rindu untuk beraksi di atas padang namun mahu memberikan fokus proses pemulihan terlebih dahulu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Faisal Halim
#Hannah Yeoh
#disimbah asid
#Selangor FC
#Sembuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan