awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hans Isaac bukan lagi Pengerusi PSM

Faida Rahim
Faida Rahim
18/03/2025
05:30 MYT
Hans Isaac bukan lagi Pengerusi PSM
Hans berterima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh serta Timbalannya Adam Adli Abd Halim atas peluang diberikan selama ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Datuk Hans Isaac mengumumkan pada Selasa beliau tidak lagi memegang jawatan Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) yang disandangnya sejak dua tahun lalu.
Menerusi satu hantaran di Instagram, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh atas peluang kepada beliau menerajui PSM.
"Setelah dua tahun (sejak 20 Mac 2025) memegang jawatan Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), saya ingin berterima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh dan juga Timbalan Menteri KBS, saudara YB Adam Adli untuk peluang yang diberikan pada saya.
"Tak lupa juga pada Ahli Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), pencapaian ini merupakan hasil kerjasama semua pihak," katanya.
Selain itu, Hans juga mengucapkan terima kasih kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PSM, Illyas Jamil dan barisan tenaga kerja agensi berkenaan.
"Dengan 20 hasil dan cerita kejayaan dalam tempoh dua tahun di bawah pimpinan saya, saya gembira untuk mengatakan barisan ahli lembaga sudah memberikan yang terbaik untuk PSM dan semua pencapaian yang dilakar.
"Sudah tiba masa untuk saya menerima cabaran baharu di mana harapnya ia akan diumumkan pada masa yang sesuai," katanya.
Mengikut rekod, sejak memegang jawatan sebagai Pengerusi PSM, beliau berjaya memastikan entiti itu pendapatan tertinggi sebanyak RM10.64 juta pada tahun 2024.
Stadium Nasional, Bukit Jalil menyumbang RM1.8 juta yang mana pendapatan itu dijana menerusi aktiviti bukan sukan seperti penganjuran konsert.
Topic Berkaitan
#Hans Isaac
#PSM
#Pengerusi PSM
#Hannah Yeoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan