awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hanya Chong Wei mara ke separuh akhir Terbuka Hong Kong

Bernama
Bernama
22/11/2013
23:23 MYT
Hanya Chong Wei mara ke separuh akhir Terbuka Hong Kong
Datuk Lee Chong Wei - Gambar fail
Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei mara ke separuh akhir selepas mengalahkan pemain Denmark, Jan O Jorgensen pada Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong.
Pada pusingan suku akhir hari ini, pemain nombor satu dunia itu mengalahkan Jorgensen, yang juga pemain pilihan keenam kejohanan, 21-8 dan 21-17 dalam masa 34 minit di gelanggang Hong Kong Coliseum.
Chong Wei akan menentang pemain veteran Thailand Boonsak Ponsana pada pusingan separuh akhir esok, demikian menurut laman web http://bwfbadminton.org/.
Boonsak mengambil masa 42 minit untuk melangkah ke separuh akhir selepas menundukkan pemain Denmark, Hans-Kristian Vittinghus 21-17, 21-16.
Sementara itu, beregu campuran negara Chan Peng Soon/Goh Liu Ying gagal meneruskan saingan ke peringkat separuh akhir apabila tewas di tangan beregu England, Chris Adcock/Gabrielle White, 18-21, 12-21.
Topic Berkaitan
#Lee Chong Wei
#terbuka hong kong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan