Sejak Anugerah Puskas FIFA diwujudkan pada 2009, hanya tiga pemain Asia tersenarai dalam kalangan 10 calon teratas sebagai penerimanya dan kini, pemain Malaysia, Mohd Faiz Subri, maju setapak lagi apabila tersenarai sebagai antara tiga pesaing teratas untuk memenangi anugerah itu.
Kumi Yokoyama dan Hisato Sato dari Jepun, masing-masing tidak termasuk dalam senarai tiga pesaing teratas untuk menerima anugerah itu pada 2010 dan 2014.
Kini, Mohd Faiz bersaing dengan pemain Brazil, Johnath Marlone Azevedo da Silva dan pemain wanita dari Venezuela, Daniuska Rodriguez, untuk menjadi pemenang anugerah itu, yang diberi kepada penjaring gol paling cantik sepanjang 2016.
Selama ini, anugerah itu hanya dibolot pemain Eropah dan Amerika Selatan seperti Cristiano Ronaldo dan Neymar.
Penyerang Pulau Pinang itu dipilih sebagai antara calon untuk menerima anugerah tersebut melalui satu perlawanan Liga Super menentang Pahang pada 16 Feb tahun lepas apabila bola tendangannya melengkung masuk daripada satu sudut sukar ke penjuru kanan gawang dan sekali gus menyebabkan penjaga gol Pahang serta peminat bola sepak terpukau melihatnya.
Klip video jaringan ajaib Mohd Faiz itu, yang pertama kali dimuat naik FIFATV pada 21 Nov melalui YouTube, setakat ini ditonton lebih 2.3 juta kali, manakala jaringan Marlone dan Rodriguez masing-masing ditonton hanya lebih sejuta kali.
Jaringan mereka mengetepikan gol yang dihasilkan bintang bola sepak seperti sepakan bebas jarak jauh oleh Lionel Messi ketika Argentina meraih kemenangan 4-0 pada perlawanan separuh akhir Copa America menentang Amerika Syarikat dan tendangan lambung Neymar ketika bermain untuk Barcelona menentang Villarreal.
Anugerah Puskas dijadual disampaikan di Zurich, Switzerland Isnin ini atau awal Selasa di Malaysia pada upacara penyampaian Anugerah Bola Sepak Terbaik FIFA 2016.
Anugerah itu mengambil sempena nama legenda bola sepak Hungary Ferenc Puskas, yang mencipta kejayaan besar bersama pasukan Real Madrid pada 1950-an dan kehebatan pasukan Hungary pada era itu.
Pemain Portugal, Ronaldo, adalah penerima pertama anugerah itu pada 2009, disusuli pemain Turki, Hamit Altintop (2010), Neymar dari Brazil (2011), pemain Slovakia, Miroslav Stoch (2012), pemain Sweden, Zlatan Ibrahimovic (2013) dan James Rodriguez dari Colombia (2014).
Pada 2015, pemain tidak terkenal dari Brazil, Wendell Lira, yang bermain untuk Club Goianesia, menjadi pemenang anugerah itu. -- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 08 2017
Mohd Faiz (tengah) bersaing dengan pemain Brazil, Johnath Marlone Azevedo da Silva dan pemain wanita dari Venezuela, Daniuska Rodriguez, untuk menjadi pemenang anugerah itu. -Gambar fail/Bernama
Misi teroka peluang ekonomi, tarik pelaburan baharu di WEF - PM
Delegasi Malaysia akan berkongsi dasar dan hala tuju negara di samping mempertegas pendirian negara dalam isu geopolitik serantau di hadapan pemimpin dunia.
JBPM Terengganu berdepan kesukaran padam kebakaran
JBPM Terengganu menghadapi kesukaran memadamkan kebakaran di Kampung Sungai Ikan Kuala Nerus yang melibatkan lebih 75% tapak pelupusan sampah
Polis jangka laporan baharu selepas berkas guru tahfiz
Polis Kelantan menjangkakan lebih banyak laporan polis berkenaan pencabulan di sebuah pusat tahfiz di Machang selepas penahanan seorang guru.
Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad yang dikaitkan dengan 1MDB
Kenderaan berkenaan dikatakan sebahagian daripada siri "Legenda" khas Bugatti Veyron, dengan hanya 18 daripada supercar tersebut dibina dalam enam spesifikasi.
Gempa kuat 6.5 skala Richter gegar Garut, impak dirasai hingga Jakarta
Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia merekodkan gempa berkekuatan 6.5 skala Richter pada malam Sabtu.
EPL: Jika saya bercakap akan berlaku pergaduhan - Salah
Salah sangat tegang dengan Klopp ketika dia bersedia untuk masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-79.
Rumah Najib boleh jadi penjara - Peguam
Rumah bekas Perdana Menteri itu boleh dijadikan sebagai penjara dan tempat tahanan untuk beliau seperti yang termaktub dalam undang-undang.
Kopi, kanvas seni Tyler Wong
Kopi ialah kanvas untuk Tyler Wong mempamerkan kemahiran dalam mencipta seni latte yang rumit namun indah.
Mayat tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Linggi
Mayat dipercayai seorang lelaki ditemukan terapung di kawasan Sungai Linggi berhampiran Pusat Dakwah Islamiah Paroi, di sini petang Sabtu.
AWANI Ringkas: Lawatan sempena mesyuarat khas WEF
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Faiz Subri sedia lalui perjalanan mencabar bersama Penang FC
Sudah dua tahun tidak beraksi dalam Liga Malaysia, Mohd Faiz berharap mampu mendapatkan momentum terbaiknya.
Faiz Subri sah milik Kuala Kangsar FC
Pemenang Anugerah Puskas FIFA 2016, Mohd Faiz Subri akhirnya sah menjadi milik pasukan Kuala Kangsar FC atau KKFC yang akan bersaing dalam Liga M3 musim 2021 bermula Jun depan.
Hanya selangkah lagi bagi Faiz Subri untuk raih Anugerah Puskas
Kumi Yokoyama dan Hisato Sato dari Jepun, masing-masing tidak termasuk dalam senarai tiga pesaing teratas untuk menerima anugerah itu pada 2010 dan 2014.
'Gol ajaib' Faiz Subri tersenarai pendek untuk Anugerah Puskas FIFA
Mohd Faiz Subri menyertai senarai 10 pemain bola sepak yang tercalon untuk Anugerah Puskas FIFA 2016.