KUALA LUMPUR: Buat julung kalinya, Hari Badminton Sedunia akan disambut pada 5 Julai depan, umum Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
Sambutan itu yang diadakan sebagai pengiktirafan tarikh penting penubuhan Persekutuan Badminton Antarabangsa (kini BWF) hampir 88 tahun lepas pada 5 Julai 1934, ditetapkan untuk diraikan setiap tahun.
Presiden BWF Poul-Erik Hoyer berkata Hari Badminton Sedunia memberi peluang unik kepada peminat sukan badminton untuk meraikan dan mempromosikan sukan kesayangan mereka secara serentak.
"Saya teruja untuk menyertai pelbagai aktiviti Hari Badminton Sedunia dan melihat impaknya terhadap sukan kita di peringkat global," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
BWF memaklumkan bahawa persatuan badminton kebangsaan, kelab, komuniti dan peminat badminton di seluruh dunia digalakkan untuk menganjurkan sambutan mereka sendiri.
Antara acara yang dicadangkan termasuk percubaan rekod dunia, pertandingan badminton, pengajaran badminton percuma, pameran, festival badminton, kursus kejurulatihan dan acara komuniti.
Individu atau organisasi yang berminat untuk menganjurkan aktiviti sempena Hari Badminton Sedunia, boleh mendaftarkan acara mereka di sini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 04 2022
BWF memaklumkan bahawa persatuan badminton kebangsaan, kelab, komuniti dan peminat badminton di seluruh dunia digalakkan untuk menganjurkan sambutan mereka sendiri. - Astro ARENA
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Hari Badminton Sedunia julung kali disambut pada 5 Julai
Buat julung kalinya, Hari Badminton Sedunia akan disambut pada 5 Julai depan, umum Persekutuan Badminton Dunia (BWF).