GADGETS
Semua promosi syarikat 'io' milik OpenAI dan Jony Ive dipadam kerana isu hak cipta

Tetapi sejak semalam laman tidak lagi boleh diakses dan video pengumuman dipadam daripada YouTube disebabkan oleh isu hak cipta penggunaan nama “io”. -Amanz
PENGHUJUNG Mei lalu, OpenAI mengambil alih syarikat io yang menghasilkan perkakasan kecerdasan buatan milik Jony Ive.
Ringkasan AI
- OpenAI telah mengambil alih syarikat io milik Jony Ive untuk membangunkan peranti AI mudah alih yang berpotensi menggantikan telefon pintar.
- Pengumuman rasmi mengenai pengambilalihan itu telah dipadam selepas arahan mahkamah dikeluarkan berikutan isu hak cipta dengan syarikat iyO yang turut menghasilkan perkakasan AI boleh-pakai.
- Pertikaian timbul kerana kedua-dua syarikat menggunakan nama yang berbunyi serupa dan menawarkan produk AI yang hampir sama, menyebabkan kekeliruan dan tindakan undang-undang berkaitan hak penggunaan nama.
Tetapi sejak semalam laman tidak lagi boleh diakses dan video pengumuman dipadam daripada YouTube disebabkan oleh isu hak cipta penggunaan nama “io”.
Dalam kenyataan yang diberikan kepada The Verge, OpenAI mengatakan arahan mahkamah diterima supaya sebarang penjenamaan dan pengumuman untuk io dipadam.
Ini kerana isu hak cip yang difailkan oleh iyO, sebuah syarikat pemula yang menghasilkan “komputer audio” yang juga menggunakan kecerdasan buatan (AI).
iYO telah menjual dua komputer audio yang dipakai seperti fon telinga yang mampu memahami arahan suara yang diberikan oleh pengguna.
Memandangkan kedua-dua syarikat mempunyai nama dengan bunyi yang sama serta menawarkan perkakasan AI boleh-pakai, wujud pertelagahan siapakah mempunyai hak menggunakan nama ini. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami