awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
SPRM tahan seorang lagi ADUN Sabah, disyaki minta, terima rasuah RM150,000
MALAYSIA
APAD gantung lesen syarikat bas ekspres tular dipandu bahaya
BISNES
Perdagangan Malaysia-Taiwan naik 36.8 peratus kepada RM92.77 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

"38 tahun dalam PDRM, saya tidak pernah terlibat dalam parti politik" - KPN

Faida Rahim
Faida Rahim
23/06/2025
04:10 MYT
"38 tahun dalam PDRM, saya tidak pernah terlibat dalam parti politik" - KPN
Mohd Khalid bercakap kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Putrajaya pada Isnin. - Gambar/ Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara baharu, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail menegaskan beliau tidak pernah menyertai mana-mana parti politik sepanjang 38 tahun berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ringkasan AI
  • Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail menegaskan beliau tidak pernah menyertai mana-mana parti politik sepanjang 38 tahun berkhidmat dalam PDRM, seperti yang dijelaskan oleh Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh.
  • Beliau akan bertemu pihak pengurusan sebuah akhbar tempatan yang menerbitkan info grafik mengelirukan, dan berharap media memberikan laporan yang tepat serta menjalin hubungan baik dengan pihak polis.
  • Portal yang menyiarkan maklumat tidak tepat telah memohon maaf secara terbuka, membuat laporan polis, dan sedang menjalankan siasatan dalaman bagi mengenal pasti kemungkinan unsur sabotaj.

Beliau berkata perkara ini telah dijelaskan oleh Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh, baru-baru ini.
“Sebagaimana yang anda tahu, Dr Fuziah telah memberi sidang akhbar baru-baru ini yang menjelaskan segalanya.
“Selama 38 tahun saya dalam pasukan PDRM, saya tidak pernah terlibat dalam mana-mana parti politik,” katanya.
Mohd Khalid berkata demikian kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Putrajaya pada Isnin.
Tambah Mohd Khalid, beliau juga akan mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan sebuah akhbar tempatan yang menerbitkan info grafik di media sosial yang mengandungi maklumat tidak tepat.
“Kami akan bincang, dengar pandangan, memberi pandangan apa yang patut perlu dilaksanakan,” kata beliau.
Mengulas lanjut, Mohd Khalid turut menitipkan pesanan serta berharap pihak media memberikan laporan yang terbaik dan tepat.
“Insya-Allah dalam masa terdekat ini, saya mohon kepada semua wartawan yang hadir hari ini supaya berikan laporan yang terbaik, yang tidak lari dari apa yang dilaporkan dan saya berharap hubungan yang rapat dan akrab perlu diteruskan di antara pihak polis bersama wartawan.
“Ini kerana ia menjadi pokok utama untuk kita memberikan laporan yang terbaik bukan sahaja kepada PDRM tetapi semua agensi kerajaan dan Kerajaan Madani terutamanya,” katanya.
Sebelum ini, sebuah portal menyiarkan info grafik mengelirukan melibatkan Mohd Khalid, yang dikaitkan dengan PKR.
Berikutan itu, Fuziah turut mengesahkan Mohd Khalid tidak pernah menjadi ahli PKR, apatah lagi memegang sebarang jawatan dalam parti berkenaan.
Portal tempatan itu juga sudah mengemukakan permohonan maaf secara terbuka atas kesilapan maklumat yang disiarkan itu.
Pihaknya menjelaskan maklumat berkenaan dimasukkan secara tidak sengaja dan Mohd Khalid tidak pernah terbabit dengan mana-mana parti politik.
Semalam, akhbar berkenaan telah membuat laporan polis bagi memaklumkan insiden ini dan memberikan ruang kepada pihak polis untuk membuat siasatan lanjut sekiranya perlu.
Pada masa yang sama, pihak pengurusan juga sedang menjalankan siasatan dalaman untuk mengenal pasti sekiranya terdapat unsur sabotaj.
Topic Berkaitan
#Ketua Polis Negara
#Mohd Khalid Ismail
#parti politik
#ahli PKR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami