TOKYO: Walaupun tidak membutir sebarang pingat namun empat rekod peribadi berjaya dilakar oleh wakil negara pada hari kedua Sukan Paralimpik Tokyo, pada Khamis.
Peluang terbaik negara untuk meraih pingat hadir menerusi Muhammad Nur Syaiful Zulkafli dalam acara renang 100 meter (m) gaya bebas lelaki S5 (kecacatan fizikal) namun beliau terpaksa tunduk kepada kehebatan perenang lain selepas menamatkan renangannya di tangga ketujuh dalam aksi final di Pusat Akuatik Tokyo.
Bagaimanapun, atlet dari Sarawak itu sepatutnya berbangga apabila berjaya melakar rekod peribadi baharunya dengan 1 minit 15.12 saat sekali gus memadam catatan terbaiknya sebelum ini iaitu 1:15.39s di London, United Kingdom pada 2019.
Atlet Itali, Francesco Bocciardo merangkul emas dengan catatan 1:09.56s diikuti perenang China, Lichao Wang dengan merekod masa 1:10.45s dan Daniel de Faria Dias dari Brazil gagal mempertahankan emas dimenanginya di Rio 2016 apabila meraih gangsa dengan 1:10.80s.
Aksi di Velodrom Izu pula menyaksikan tiga wakil berbasikal trek negara memperbaharui catatan peribadi terbaik walaupun tidak berupaya mencabar kedudukan podium dalam acara disertai mereka.
Gandingan Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais bersama jurumudinya, Nurul Suhada Zainal meraih tempat kesembilan dalam acara trek ujian masa 1000m wanita B (kecacatan penglihatan) dengan merekodkan 1:15.005s untuk mengatasi rekod terdahulu di Sukan Para Asia 2018, 1:16.839s.
Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin pula memperbaharui rekod terbaiknya bagi acara kejar-mengejar 3000m lelaki C1 (kecacatan fizikal) dengan masa 3:58.413s, bagi memperbaiki rekod terdahulu di Milton, Kanada tahun lepas iaitu 4:02.959s.
Namun, ia tidak cukup bagi pelumba berusia 23 tahun itu untuk sekurang-kurangnya beraksi pada perlumbaan penentuan pingat gangsa selepas menduduki tangga ketujuh daripada 10 pelumba dalam saingan kelayakan.
Acara ujian masa 1000m lelaki C4-5 (kecacatan fizikal) menyaksikan Zuhairie Ahmad Tarmizi bukan sahaja meraih tangga kesepuluh malah mencatat masa 1:06.472s untuk memadam rekod peribadi terdahulu iaitu 1:07.863 juga di Milton.
Seorang lagi pelumba, Muhammad Hafiz Jamali mencatat masa 1:11.288s untuk menempatkan diri di kedudukan ke-19 daripada 21 pelumba secara keseluruhan.
Sementara itu, penampilan sulung pemain ping pong perseorangan lelaki negara, Chee Chaoming berakhir dengan kekecewaan apabila ditunjuk jalan keluar lebih awal selepas tewas dua perlawanan kelayakan peringkat Kumpulan C.
Bermain dalam kategori TT9 (kecacatan fizikal), Chaoming yang telahpun tewas pada aksi pertama semalam kepada pemenang gangsa Rio 2016, Mohamed Kalem dari Itali 6-11, 7-11, 4-11, tidak berupaya menyelamatkan dirinya apabila tumpas di tangan pesaing dari Great Britain, Joshua Stacey, 6-11, 8-11, 9-11 pada aksi kedua pagi semalam.
Perlawanan di sebelah petang pula menyaksikan Chaoming yang dilahirkan dengan jari pendek, melengkapkan penampilan sulungnya di pentas Paralimpik juga dengan kekalahan di tangan pemenang emas empat kali, Ma Lin dari Australia 5-11, 6-11, 7-11.
Sukan Paralimpik yang membuka tirai secara rasmi Selasa lepas akan berakhir pada 5 Sept ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 26 2021
Syaiful sepatutnya berbangga apabila berjaya melakar rekod peribadi baharunya dengan 1 minit 15.12 saat sekali gus memadam catatan terbaiknya sebelum ini iaitu 1:15.39s di London, United Kingdom pada 2019. -Bernama
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
Paralimpik Tokyo 2020: Strategi kami menjadi - Jurulatih
Risiko tinggi dipertaruhkan kem powerlifting negara ke atas Bonnie Bunyau Gustin membuahkan hasil apabila berjaya menghadiahkan emas pertama negara di Sukan Paralimpik Tokyo.
Paralimpik Tokyo 2020: Emas pertama, hadiah sempena Hari Kebangsaan - Bonnie
Bonnie menyifatkan kejayaan tersebut sebagai hadiah kepada negara sempena hari kebangsaan.
Azizulhasni terima tawaran Anugerah Biasiswa Tuanku Canselor dari UMT
Jaguh berbasikal trek kebangsaan Datuk Mohd Azizulhasni Awang hari ini secara rasmi dipilih sebagai atlet sukan pertama yang menerima Anugerah Biasiswa Tuanku Canselor UMT bernilai RM72,000 untuk meny
Sukan Paralimpik Tokyo buka tirai dengan percikan bunga api
Acara kemuncak tersebut ialah perarakan atlet dengan 10 orang mewakili kontinjen negara dengan Malaysia merupakan kontinjen ke-139 memasuki stadium yang mampu menempatkan 68,000 penonton.
Paralimpik Tokyo: Tak kira apa keputusannya, anda tetap wira untuk Malaysia - PM Ismail Sabri
Beliau juga berdoa agar Jalur Gemilang berkibar megah di Tokyo dan lagu Negaraku turut berkumandang di sana bagi meraikan kejayaan mereka.
Tiga wira Rio 2016 ketuai kumpulan ketiga berlepas ke Paralimpik Tokyo
Giliran tiga pemenang pingat emas Rio 2016 mengetuai kumpulan ketiga kontinjen Malaysia berlepas ke Sukan Paralimpik Tokyo pada Sabtu.
Paralimpik Tokyo: Kini tiba giliran atlet para berjuang demi negara
Kini tiba masa bagi atlet para negara untuk berjuang habis-habisan demi Malaysia pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 bermula 24 Ogos ini hingga 5 Sept ini.
Paralimpik Tokyo: Kes pertama COVID-19 dikesan di perkampungan atlet
Kes pertama COVID-19 telah dikesan di perkampungan atlet Paralimpik Tokyo 2020 pada Khamis, hanya beberapa hari sebelum pertandingan bermula.
[PERSPEKTIF] Pencapaian China pada Olimpik Tokyo 2020 cerminan kemajuan fizikal rakyatnya
Mungkin kita boleh lihat prestasi kontinjen China dalam Sukan Olimpik Tokyo sebagai satu sudut untuk mengenali pembangunan kekuatan fizikal rakyat negara itu dan dari aspek hak asasi.
Nama Azizulhasni terpahat lagi dalam Malaysia Book of Records
Diiktiraf selaku rakyat Malaysia pertama memenangi pingat perak dalam acara berbasikal trek di Sukan Olimpik Tokyo 2020 pada 8 Ogos lepas.