awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harimau Malaya berdepan Kepulauan Solomon, Yaman di Terengganu pada Jun

Bernama
Bernama
18/04/2023
08:36 MYT
Harimau Malaya berdepan Kepulauan Solomon, Yaman di Terengganu pada Jun
Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin turut mengumumkan bahawa harga tiket kekal pada kadar RM30 bagi dewasa. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Dua aksi persahabatan melibatkan skuad Harimau Malaya akan diadakan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu pada Jun ini.
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin turut mengumumkan bahawa harga tiket kekal pada kadar RM30 bagi dewasa.
"Pasukan kita akan beraksi di Kuala Terengganu untuk memberikan peluang kepada peminat di Pantai Timur iaitu Terengganu dan Kelantan menyaksikan perlawanan dan pemain secara dekat," katanya.
Hamidin yang juga Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024, berkata demikian selepas meninjau latihan skuad terjun negara di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil bersama Timbalannya Datuk Nicol David.
Skuad Harimau Malaya yang melonjak ke ranking 138 dunia pada awal bulan ini, dijadual bertemu Kepulauan Solomon yang menghuni ranking ke-134 dunia pada 15 Jun, diikuti aksi menentang Yaman (ke-157) pada 20 Jun.
Pasukan kendalian Kim Pan Gon sebelum ini, mengharungi dua aksi persahabatan di Stadium Sultan Ibrahim, Johor pada bulan lepas, menyaksikan skuad kebangsaan mencatat kemenangan 1-0 dan 2-0 masing-masing ke atas Turkmenistan dan Hong Kong.
Stadium Nasional Bukit Jalil, yang menjadi venue keramat skuad Harimau Malaya, tidak dapat digunakan berikutan kerja-kerja penggantian rumput pada masa ini .
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perlawanan persahabatan
#harimau Malaya
#terengganu
#stadium sultan mizan
#solomon
#Yaman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan