awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Malaysia contoh kepimpinan wanita global
MALAYSIA
Tiga individu termasuk dua ADUN Sabah akan didakwa 30 Jun ini - Azam Baki
MALAYSIA
Pereka hias dalaman rugi RM794,000 ditipu sindiket pelaburan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPORTS

Harimau Malaya kini ranking ke-131 dunia

Bernama
Bernama
03/04/2025
11:47 MYT
Harimau Malaya kini ranking ke-131 dunia
Skuad kendalian Peter Cklamovski itu kini mengumpul 1,123.57 mata daripada kedudukan ke-132 yang diduduki sejak 19 Dis tahun lepas. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Harimau Malaya mencatat peningkatan dalam ranking dunia Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dengan naik satu anak tangga kepada kedudukan ke-131 dunia berdasarkan kemas kini terkini, hari ini.
Menurut laman rasmi FIFA (www.fifa.com), skuad kendalian Peter Cklamovski kini mengumpul 1,123.57 mata daripada kedudukan ke-132 yang diduduki sejak 19 Dis tahun lepas.
Kenaikan ini didorong oleh kemenangan 2-0 Malaysia menewaskan Nepal dalam aksi pembukaan Kumpulan F kempen kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor pada 25 Mac lepas.
Selepas ini, Harimau Malaya akan melayan kunjungan Vietnam pada 10 Jun, sebelum bertandang ke Laos pada 9 Okt dengan kemas kini ranking seterusnya dijadualkan pada 10 Julai.
Namun, Malaysia sebenarnya masih ketinggalan di belakang beberapa pencabar serantau dengan Thailand di tangga ke-99, Vietnam (109) dan Indonesia (123).
Argentina yang merupakan juara Piala Dunia 2022 terus menguasai carta di kedudukan nombor satu diikuti Sepanyol, Perancis, England dan Brazil.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#harimau Malaya
#pasukan malaysia
#naik satu anak tangga
#ranking FIFA
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami