awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harimau Malaya terus mendaki ranking FIFA

Sinar Harian
Sinar Harian
21/09/2023
09:29 MYT
Harimau Malaya terus mendaki ranking FIFA
Skuad negara naik dua anak tangga daripada kedudukan ke-136 dunia sebelum ini dengan 1094.9 mata hasil kutipan 3.33 mata pada perlawanan persahabatan menentang Syria dan China baru-baru ini. - Foto FAM
PASUKAN Harimau Malaya terus memperbaiki ranking untuk berada di kedudukan ke-134 dunia dalam kemas kini terbaharu Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada Khamis.
Ia menyaksikan skuad negara naik dua anak tangga daripada kedudukan ke-136 dunia sebelum ini dengan 1094.9 mata hasil kutipan 3.33 mata pada perlawanan persahabatan menentang Syria dan China baru-baru ini.
Dalam perlawanan di Chengdu, China itu, skuad kendalian Kim Pan-gon tampil dengan aksi luar biasa untuk mengikat Syria 2-2 dan tuan rumah, China 1-1.
Di peringkat Asia, Jepun mendahului ranking dengan 1605.2 mata diikuti Iran (1561.26) dan Korea Selatan (1533.1), manakala Malaysia pula di kedudukan ke-24.
Vietnam pula kekal pasukan terbaik di Asia Tenggara berada di kedudukan ke-95 dengan 123.14 mata diikuti Thailand (1181.21), Filipina (1099.29) dan Malaysia.
Selepas ini, skuad negara akan mengharungi saingan Pestabola Merdeka yang akan turut disertai India (99), Palestin (96) dan Tajikistan (110) pada Oktober.
Sekiranya berjaya meraih keputusan positif, ia sudah tentu akan membantu skuad negara terus melonjakkan ranking dunia.
Kemas kini seterusnya untuk ranking FIFA akan dilakukan pada 26 Oktober.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#skuad bola sepak Malaysia
#harimau Malaya
#ranking FIFA
#FAM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan