awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
OIC, negara Islam kecam pelanggaran gencatan senjata oleh Israel di Gaza
MAIPs salur sumbangan RM150,000 bantu mangsa banjir di Aceh
Anwar harap Zoo Johor terus diperkasakan sebagai pusat rekreasi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harry Kane, Alphonso Davies beri Bayern Munich kelegaan

Astro Arena
Astro Arena
17/12/2024
03:20 MYT
Harry Kane, Alphonso Davies beri Bayern Munich kelegaan
Harry Kane mengalami kecederaan ketika perlawanan Bundesliga antara Borussia Dortmund dan Bayern Munich di Signal Iduna Park, Dortmund, Jerman, 30 Nov 2024. - Gambar fail/REUTERS
HARRY Kane dan Alphonso Davies kembali menjalani latihan bersama Bayern Munich buat pertama kali sejak pulih daripada kecederaan paha.
Kane terlepas empat perlawanan terakhir sejak terhincut-hincut ketika seri 1-1 dengan Borussia Dortmund pada 30 November lalu.
Kapten England itu merupakan penjaring terbanyak Bundesliga musim ini dengan 14 gol -- lebih satu jaringan daripada pemain Eintracht Frankfurt, Omar Marmoush.
Sementara itu, Davies turut tercedera dalam kemenangan 4-2 ke atas Heidenheim pada 7 Disember lalu.
Kedua-dua pemain itu tidak diturunkan ketika Bayern tumbang 1-2 di Mainz yang merupakan kekalahan liga pertama mereka musim ini di bawah kendalian Vincent Kompany.
Gergasi Bavaria itu akan berusaha untuk mengembalikan rentak kemenangan apabila melayani kunjungan Leipzig dalam perlawanan terakhir 2024, hujung minggu ini.
Topic Berkaitan
#Bayern Munich
#Harry Kane
#cedera
#Alphonso Davies
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan