awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026: Reformasi sistem penjagaan warga emas perlu dipercepat - Nancy
FEM 2026: RESET langkah penting pemodenan sistem kesihatan negara
Penipuan kuota pekerja asing, lapan warga Bangladesh, seorang wanita Indonesia ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harry Kane cipta sejarah Bundesliga dengan hatrik keempat bersama Bayern

Sinar Harian
Sinar Harian
10/03/2024
08:01 MYT
Harry Kane cipta sejarah Bundesliga dengan hatrik keempat bersama Bayern
Harry Kane cipta sejarah Bundesliga apabila menjadi pemain pertama yang menjaringkan empat hatrik dalam musim debut bersama Bayern Munich. - Foto Stadium Astro
KAPTEN skuad kebangsaan England, Harry Kane, mencipta sejarah Bundesliga apabila dia menjadi pemain pertama yang menjaringkan empat hatrik dalam musim debut bersama Bayern Munich menundukkan Mainz 8-1 malam semalam.
Kane menjaringkan gol selepas 13 minit perlawanan seterusnya pada masa kecederaan separuh masa pertama dan 20 minit sebelum wisel penamat dibunyikan untuk menjadikan jumlah jaringan terkumpulnya musim ini kepada 30 gol sekali gus bakal menyamai rekod Uwe Seeler dalam kempen debut beraksi di liga utama Jerman.
Pemain tengah Bayern, Leon Goretzka, menjaringkan dua gol termasuk jaringan daripada Thomas Muller, Jamal Musiala dan pemain gantian Serge Gnabary melengkap lapan jaringan kemenangan.
Namun, Mainz sebagai pasukan pelawat cuba untuk mengejar tetapi hanya berjaya menghasilkan satu jaringan menerusi Nadiem Amiri pada minit ke-31 perlawanan.
Kemenangan itu membolehkan Bayern kembali dengan jurang hanya tujuh mata di belakang pendahulu Bayer Leverkusen yang menerima kunjungan Wolfsburg awal pagi Ahad.
*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Harry Kane
#cipta sejarah
#Bundesliga
#Bayern Munich
#empat hatrik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan