awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hasrat TMJ hentikan korupsi

Astro Arena
Astro Arena
29/09/2015
00:53 MYT
Hasrat TMJ hentikan korupsi
"FAM perlu tegas apabila berdepan kes korupsi. Bagi saya, denda RM3,000 atau pergantunggan perlawnaan selama tiga bulan langsung tidak memberi kesan," katanya.
Tunku Mahkota Johor dan penaung Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menggesa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk mengambil sikap tegas dalam mengekang korupsi atur perlawanan yang menghalang bola sepak Malaysia berkembang.
Ketika bercakap mengenai sejarah hitam Malaysia diaibkan UAE 10-0 dalam temubual bersama BBC, Tunku Ismail juga meluahkan rasa tidak puas hati dengan denda dikenakan kepada pihak yang salah seperti pergantunggan perlawanan ataupun bayaran denda yang tidak padan dengan kesalahan tersebut."FAM perlu tegas apabila berdepan kes korupsi. Bagi saya, denda RM3,000 atau pergantunggan perlawnaan selama tiga bulan langsung tidak memberi kesan.
"Sekiranya FAM mempunyai bukti yang kukuh dalam isu yang membabitkan korupsi maka mereka patut mengharamkan pemain tersebut daripada beraksi lagi," katanya.
Dalam pada itu, Tunku Ismail turut mencadangkan pembangunan akademi bola sepak buat kelab Liga Malaysia bagi mendidik pemain-pemain pada usia yang muda, namun baginda sedar masalah kewangan yang dihadapi kelab masing-masing.
"Mereka (FAM) seolah-olah tidak mempunyai perancangan untuk membangunkan bola sepak negara kerana tidak menjiwai sukan ini tetapi kemaraan Johor Darul Ta'zim (JDT) ke separuh akhir Piala AFC amat menakjubkan bagi saya," katanya.
"Saya sedar bukan mudah untuk mengubah imej bola sepak Malaysia tetapi saya mengharapkan prestasi JDT akan memaksa kelab lain berfikiran seperti kami dengan melahirkan bakat muda serta menambahbaikan kemudahan sukan yang sedia ada dan terutama sekali, memerangi korupsi.
"Adanya akademi bola sepak tersendiri mampu mendidik pemain-pemain kami untuk mengelakkan diri mereka daripada perkara negatif tetapi malangnya, kami masih memiliki kelab yang gagal untuk membayarkan gaji pemain sekali gus membuka pintu untuk korupsi.
"Saya percaya kami dapat membangunkan semula bola sepak Malaysia menerusi sikap yang profesional kerana kami memiliki prospek yang berbakat tetapi kami perlu bertekad untuk mencapai hasrat kami" tambahnya.
Topic Berkaitan
#Korupsi
#Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)
#Tunku Ismail Sultan Ibrahim
#Tunku Mahkota Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan