KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Jurulatih Skuad Harimau Muda C, Hassan Sazali Mohd Waras dilantik sebagai pengendali baharu Skuad Projek Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) - Majlis Sukan Negara (MSN) bagi menghadapi saingan Liga Premier musim depan.
Setiausaha Agung FAM Mohd Saifuddin Abu Bakar dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan Hassan Sazali akan memulakan tugas berkuat kuasa 1 Januari depan.
Menurut Mohd Saifuddin, pelantikan jurulatih berusia 56 tahun itu adalah bagi menggantikan tempat Yusri Che Lah yang mengumumkan peletakan jawatannya pada 10 Disember lepas.
Katanya, Hassan Sazali antara 11 calon ditemu duga panel pemilihan dari FAM dan MSN diketuai Timbalan Presiden FAM Datuk S Sivasundaram selaku Pengerusi Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan FAM serta Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP).
Tiga lagi ahli panel adalah Naib Presiden FAM Mohd Joehari Mohd Ayub selaku pengurus pasukan, Pengarah Bahagian Atlet MSN Jefri Ngadirin dan Ketua Cawangan Sukan Berpasukan MSN Akmal Ahmad Zainudin.
Sebagai rekod, Hassan Sazali pernah menjadi Penolong Jurulatih Skuad Harimau Muda A dan B kepada Datuk Ong Kim Swee dari 2009 hingga 2013 sebelum dilantik menjadi Ketua Jurulatih Skuad Harimau Muda C dari 2014 hingga 2015.
Beliau kemudian menjadi Penolong Jurulatih Skuad Kebangsaan kepada Kim Swee pada 2016 hingga 2017 sebelum menjadi Ketua Jurulatih Kelab PJ Rangers yang beraksi pada saingan Piala FAM 2018.
Selepas menumpukan perhatian kepada tugasan selaku tenaga pengajar bagi kursus-kursus kejurulatihan anjuran FAM sepanjang 2019, Hassan Sazali kemudian dilantik sebagai Ketua Jurulatih Remaja Negeri (KJRN) Perak pada awal 2020 sehingga kini.
Bagi menghadapi saingan Liga Premier 2022, Hassan Sazali akan dibantu Penolong Jurulatih Noor Zaidi Rohmat dan Jurulatih Penjaga Gol Hamsani Ahmad yang dikekalkan daripada barisan kejurulatihan Skuad Projek FAM-MSN musim 2021.
Skuad Projek FAM-MSN menamatkan saingan Liga Premier 2021 di tangga tercorot dengan mencatat hanya satu kemenangan, tiga seri dan 16 kekalahan dalam 20 aksi liga.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 28 2021
Hassan Sazali antara 11 calon ditemu duga panel pemilihan dari FAM dan MSN diketuai Timbalan Presiden FAM Datuk S Sivasundaram. - Foto: FAM
PRK Kuala Kubu Baharu: Proses penamaan calon lancar - Polis Selangor
Proses penamaan calon bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pembangunan anak muda, wanita menjadi fokus Pang
Agenda pembangunan anak muda dan wanita akan menjadi fokus utama calon PH Pang Sock Tao, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan tidak bercadang gantung sementara helikoper Fennec, HOM
Kerajaan setakat ini tidak bercadang untuk menggantung sementara perkhidmatan helikopter jenis Fennec dan HOM.
Kejohanan Dunia Boling Padang: Tiga gangsa dalam tangan, misi tukar warna pingat
Skuad boling padang negara layak ke pusingan separuh akhir dalam kesemua kategori yang dipertandingkan di Kejohanan Dunia Dalam Dewan 2024.
Amerika Syarikat mungkin haramkan firma dron China, DJI
Amerika Syarikat kini turut sedang pertimbangkan DJI sebagai ancaman sekuriti, dan mungkin melakukan perundangan untuk mengharamkan DJI.
Bersatu ambil tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimen - Muhyiddin
Bersatu sedang melaksanakan tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri selepas meminda Perlembagaan parti bulan lalu.
'Made in Malaysia' - Apple punyai 19 kilang pembekal di negara ini
Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai beberapa kilang pembekal yang menawarkan komponen kepada Apple.
SPRM lancar bilik gerakan PRK Kuala Kubu Baharu
SPRM melancarkan bilik gerakan, bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa.
WEF anjur mesyuarat khas di Arab Saudi ketika suhu geopolitik Asia Barat memanas
WEF keluar dari kelazimannya dengan menganjurkan mesyuarat khas dua hari, 28-29 April 2024 di Riyadh, Arab Saudi.
Kerajaan rangka hala tuju beri lebih banyak perlindungan kepada kanak-kanak
Kerajaan akan merangka hala tuju bagi memberikan lebih banyak perlindungan dari segi undang-undang kepada kanak-kanak di negara ini.
Park Jaehong ketua jurulatih baharu KDNFC
KDNFC hari ini mengumumkan Park Jaehong dari Korea Selatan sebagai ketua jurulatih yang baharu bagi membimbing pasukan itu dalam menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2024/25.
Pan Gon masih individu tepat bimbing Harimau Malaya - Mohd Saifuddin
Pan Gon telah membuktikan kemampuannya mentransformasikan pasukan negara sehingga layak secara merit ke Piala Asia selepas 42 tahun.
Cheng Hoe dilantik ketua jurulatih Police Tero FC
Perkara tersebut diumumkan secara rasmi oleh Police Tero menerusi hantaran di laman Facebook rasmi pasukan itu
Solari, enam pemain tinggalkan JDT
Ia sebagai langkah penstrukturan semula kewangan bagi memastikan kelangsungan jangka panjang kelab itu.
Pan Gon dapat sokongan FAM terus majukan Harimau Malaya
Sebarang keputusan melibatkan kontrak Kim Pan Gon akan dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan akan datang.
Hoki Piala Dunia Remaja: KHM sasar skuad negara layak ke suku akhir
Skuad hoki remaja negara diberikan sasaran mara ke suku akhir menjelang Piala Dunia yang bakal bermula 5 Disember ini.
Garrido pilihan terbaik Harimau Muda - Hamidin
Warga Sepanyol itu memahami selok belok Harimau Muda berikutan pernah berkhidmat bersama Elavarasan sebagai pembantunya sebelum ini.
Irfan Bakti lepas jawatan pengendali Kuching City
Keputusan Irfan Bakti turut disertai penolong pengendali, Sulaiman Hussin.
Steven Gerrard dilantik ketua jurulatih kelab Arab Saudi, Al-Ettifaq
Pengurus berusia 43 tahun itu kembali ke bidang kejurulatihan selepas dipecat Aston Villa pada Oktober lalu.
Azzmi Aziz buntu digantung tanpa tali PDRM FC
Azzmi menerima notis serta merta bahawa khidmatnya mengemudi skuad The Cops bagi baki saingan Lliga Super 2023 tidak lagi diperlukan.