Kemenangan agregat 5-2 itu membolehkan United bertemu kelab League 1 Perancis Olympique Lyonnais di Parc Olympique Lyonnais, 10 April, selepas membenam wakil Romania, Steaua Bucharest 4-0.
Selepas seri 1-1 di Sepanyol, United terlebih dahulu ketinggalan seawal minit ke-10 apabila Matthijs de Ligt melakukan kekasaran terhadap Mikel Oyarzabal, yang berjaya menyempurnakan sepakan penalti.
Namun, United kemudian menyamakan kedudukan enam minit kemudian melalui sepakan penalti Fernandes, selepas Igor Zubeldia pula mengasari Rasmus Hojlund.
Fernandes sekali lagi menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-50, selepas Aritz Elustondo mengasari Patrick Dorgu.
Sociedad kehilangan seorang pemain apabila Jon Aramburu mengasari Joshua Zirkzee, sebelum Fernandes melengkapkan hatriknya.
Diogo Dalot kemudian menambah gol pada minit ke-41, memastikan United bimbingan Ruben Amorim tersebut menang 5-2 secara agregat.
Pesaing United, Lyon turut mara dengan mudah apabila Ernest Nuamah dan Georges Mikautdze masing-masing menjaringkan dua gol untuk 4-0 ke atas Steaua Bucharest.
Di London, Tottenham Hotspur turut mara selepas menang 3-1 ke atas AZ Alkmaar di Tottenham Hotspur Stadium.
Spurs, bimbingan Ange Postecoglou yang ketinggalan 0-1 pada perlawanan pertama di AFAS Stadion, 7 Mac lalu, berjaya bangkit hasil dua gol Wilson Odobert.
Odobert membuka jaringan pada minit ke-26, sebelum James Maddison menambah gol pada minit ke-48. AZ sempat merapatkan jurang melalui Peer Koopmeiners pada minit ke-63,.
Namun Odobert melengkapkan kemenangan The Lillywhites pada minit ke-74.
Spurs akan bertemu gergasi Bundesliga Eintracht Frankfurt di suku akhir, selepas mereka menang 6-2 secara agregat ke atas kelab Eredivisie Belanja, Ajax Amsterdam.
Kelab La Liga Sepanyol, Athletic Bilbao pula menewaskan pasukan Seria A Itali, AS Roma 3-1, dengan Nico Williams menjaringkan dua gol untuk mara agregat 4-3.
Roma, yang bermain dengan 10 pemain selepas Mats Hummels dibuang padang, hanya mampu membalas melalui sepakan penalti Leandro Paredes.
Satu lagi kelab Seria A, Lazio, yang menang 2-1 pada perlawanan pertama, berjaya mara walaupun seri 1-1 dengan Viktoria Plzen. Alessio Romagnoli menjaringkan gol penyamaan pada lewat permainan.
Kemenangan memastikan Lazio menang 3-2 secara agregat akan bertemu kelab Norway, Bodo/Glimt di suku akhir.
Sementara itu, Rangers mara selepas menewaskan Fenerbahce melalui penentuan penalti, 3-2 selepas kedua-dua pasukan terikat 3-3 secara agregat. - Sinar Harian
