JURULATIH Barcelona, Ernesto Valverde, menganggap Eden Hazard dan bekas penyerang Real Madrid, Alvaro Morata, sebagai ancaman terbesar selepas pasukannya diundi menentang Chelsea dalam pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah.
Skuad Valverde mengharungi peringkat kumpulan tanpa kalah dengan 14 mata daripada enam perlawanan untuk mengatasi Juventus sementara juara bertahan Liga Perdana Inggeris itu terpaksa bekerja lebih keras dalam laluan mereka dan berada di tangga kedua di belakang Roma.
Chelsea boleh dikatakan sebagai salah sebuah pasukan yang sukar buat Barca tetapi Valverde berasakan ia akan menjadi satu perlawanan yang menarik kepada penyokong.
Dia mungkin memberi perhatian khusus kepada Morata dan Hazard dalam ancaman serangan Chelsea.
"Secara taktikal, mereka sangat baik dan agresif," kata Valverde kepada Barca TV.
"Dengan Morata, mereka mempunyai kelajuan dalam serangan dan Hazard sangat baik di bahagian tengah. Mereka adalah pasukan yang kuat.
"Ini satu cabaran yang sukar untuk kami tetapi kami tahu bahawa tiada apa yang mudah kerana terdapat pasukan yang sangat baik dalam peringkat ini.
"Chelsea adalah juara Liga Perdana tetapi kami akan bermain dengan semangat kerana walaupun ia sukar, ia sangat bagus untuk kami dan penyokong. Dalam aspek itu, ia mudah untuk memotivasi pemain," katanya.
Kedua-dua pasukan akan bertemu di Stamford Bridge pada 21 Februari sebelum aksi timbal balik di Camp Nou pada 15 Mac.
Astro Arena
Tue Dec 12 2017
Dengan Morata (kiri), Chelsea mempunyai kelajuan dalam serangan dan Hazard (kanan) sangat baik di bahagian tengah. - Foto Astro Arena
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
Perubahan iklim: Kerjasama, komitmen antarabangsa perlu jayakan aspirasi
Nik Nazmi berkata, komitmen antarabangsa amat signifikan dan boleh dipuji, biarpun belum mencapai tahap yang dikehendaki.
Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober
Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.
RUU Majlis Media Malaysia dibentangkan kali pertama hari ini
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang hari ini, bertujuan memperkasa etika kewartawanan, menggalakkan pelaporan bertanggungjawab, dan menyokong pembangunan media negara.
Isu STEM dan kebajikan nelayan tumpuan hari ini
Sidang terakhir Parlimen hari ini membincangkan isu pendidikan STEM, kebajikan nelayan, semakan Akta Taska 1984, serta pembentangan Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia 2024.
Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun
Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya malam tadi manakala jumlah mangsa di Terengganu terus menurun.
UK sumbang 13 juta pound kepada UNRWA
Perdana Menteri United Kingdom (UK) Keir Starmer mengumumkan sumbangan sebanyak £13 juta pound kepada Agensi Bantuan Dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian Palestin (UNRWA).
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Trump rancang 25 perintah eksekutif pada hari pertama
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump, merancang menandatangani lebih daripada 25 perintah eksekutif dan arahan pada hari pertamanya menjawat jawatan pada 20 Januari.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Qatar pada Rabu mengumumkan akan membuka semula kedutaannya di Syria selepas lebih 13 tahun ditutup.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
De la Fuente cari permulaan cemerlang bersama La Roja
Sebelum ini, kapten Sergio Busquets bersara dan De la Fuente menggantikan Luis Enrique sebagai pengendali pasukan.
Kelayakan Piala Dunia: Jaringan Morata julang Sepanyol
Sweden perlu ke play-off selepas skuad kendalian Luis Enrique memenangi perlawanan akhir peringkat kumpulan itu.
Euro 2020: Kegagalan Morata buat Sepanyol disingkir Itali
Morata gagal menyempurnakan sepakan penalti, sekali gus akur membenarkan Itali mara ke final Euro 2020 awal pagi tadi.
Euro 2020: Sepanyol 'perah keringat' sebelum ke suku akhir
Sepanyol berjaya menemui ramuan memastikan mereka melangkah ke suku akhir selepas Morata dan Oyarzabal menjaringkan dua gol memastikan pasukannya melakar kemenangan dramatik.
Euro 2020: Sepanyol ke pusingan 16 selepas belasah Slovakia
Skuad kendalian Luis Enrique itu memerlukan kemenangan untuk mengesahkan kemaraan mereka selepas sekadar seri dalam dua perlawanan pertama.
Euro 2020: Lewandowski bantu Poland ikat Sepanyol
Alvaro Morata menutup mulut pengkritiknya apabila membuka jaringan buat Sepanyol dalam pertemuan di Seville itu selepas dikritik hebat gara-gara aksi hambarnya Selasa lalu.
Lebih sempurna bersama Juventus - Morata
Penyerang itu meledak enam gol daripada lima penampilan dalam saingan UCL dan menjelaskan sangat gembira kembali ke Turin buat kali kedua.
Juventus sambut baik kepulangan Morata ke Turin
Morata dilaporkan akan menyertai Juve secara pinjaman daripada Atletico Madrid dengan kesepakatan melibatkan pembayaran 9 juta pound (RM43.7 juta).
Chelsea tundukkan Crystal Palace 3-1
Menerusi aksi di Stamford Bridge itu, gol pertama perlawanan hadir pada minit ke-32 menerusi Alvaro Morata yang juga menjaringkan gol kedua buat Chelsea pada aksi sama.
Sarri tidak khuatir ketumpulan Morata, Giroud
Chelsea mempunyai serangan ketiga terbaik dalam Liga Perdana Inggeris - di belakang Manchester City dan Arsenal - serta muncul pertahanan ketiga terbaik (dibolosi tujuh kali).