awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Herry Iman ketua jurulatih beregu lelaki negara - BAM

Bernama
Bernama
11/01/2025
14:30 MYT
Herry Iman ketua jurulatih beregu lelaki negara - BAM
V. Subramaniam (dua kanan) mengetuai sidang media sempena kejohanan Petronas Terbuka Malaysia di Axiata Arena Bukit Jalil hari ini. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Teka-teki mengenai ketua jurulatih beregu lelaki terjawab hari ini selepas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan Herry Iman Pierngadi membimbing skuad kebangsaan berkuat kuasa 1 Feb ini.
Pemangku Presiden BAM Datuk V Subramaniam berkata pelantikan legenda beregu Indonesia yang lebih dikenali Herry IP bagi menggantikan Tan Bin Shen, dengan kontrak empat tahun bersama skuad kebangsaan di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara.
Jawatan ketua jurulatih beregu lelaki negara sebelum ini kosong selepas Bin Shen memilih haluan baharu untuk berhijrah ke Hong Kong.
"Beliau akan meneliti pemain di bawah kendaliannya terlebih dahulu, memahami kekuatan dan kelemahan masing-masing, dan perkara sama dilakukan terhadap jurulatih yang akan bekerja di bawah beliau.
"Saya rasa beliau perlukan masa, mungkin 10 hari atau lebih. Selepas itu baru beliau boleh sediakan perancangan. Kita tidak mahu terburu-buru, berikan masa untuk beliau lakukan perubahan atau penambahbaikan," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis BAM di sini hari ini.
Subramaniam berkata masih terlalu awal untuk menetapkan indeks prestasi utama jurulatih berusia 62 tahun itu walaupun mempunyai rekod cemerlang dengan melatih juara Olimpik, Candra Wijaya-Tony Gunawan (Sydney 2000) dan Hendra Setiawan-Markis Kido (Beijing 2008).
Topic Berkaitan
#BAM
#haluan baharu
#prestasi utama
#skuad kebangsaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan