KUALA LUMPUR: Malaysia memulakan kempen edisi sulung Kejohanan Hoki Dalam Dewan Antarabangsa Piala Sultan Nazrin Shah dengan cemerlang apabila membelasah Australia 8-2 pada saingan liga sepusingan semalam.
Bagaimanapun, skuad negara bimbingan Mohd Hanip Che Halim gagal mengekalkan momentum apabila tewas 5-7 kepada Namibia pada aksi kedua pada perlawanan sebelah petang di Stadium Indera Mulia, Ipoh.
Pada perlawanan menentang Australia, ranking ke-14 dunia, Muhamad Izham Azhar muncul wira pasukan negara apabila melakukan jaringan hatrik pada minit ke-23, 24 dan 35.
Gol lain dijaringkan oleh Danial Asyraf Abdul Ghani (minit kesembilan), Syed Mohamad Syafiq Syed Cholan (13'), Muhammad Firdaus Omar (16'), Faridzul Afiq Mohd (22') dan Mohd Shafiq Yaacob (32) manakala Australia membalas jaringan menerusi Leong Jett (10') dan Hall Ross pada minit ke-14.
Dalam pada itu, Namibia, ranking ke-13 dunia, membuka jaringan menerusi Britz John-Paul pada minit kesembilan, Finch Dylan (2', 33'), Hansen Fagan (30', 37') dan Van Der Merwe Cody (31', 39').
Syed Mohamad Syafiq melakukan jaringan hatrik pada minit ke-22, 29 dan 40 manakala Faridzul Afiq Mohd (7') dan Danial Asyraf Abdul Ghani pada minit ke-27.
Gol Namibia diperoleh menerusi Finch Dylan (2', 33'), Hansen Fagan (30', 37'), Van Der Merwe Cody (31', 39') dan Britz John-Paul pada minit kesembilan.
Skuad negara seterusnya akan bertemu New Zealand dan Hong Kong pada Rabu ini diikuti aksi terakhir liga menentang Afrika Selatan pada Jumaat.
Ketua jurulatih negara, Mohd Hanip Che Halim berkata anak buahnya telah beraksi dengan baik dan memberikan komitmen penuh dalam kedua-dua aksi tersebut walaupun terpaksa akur dengan Namibia.
"Prestasi keseluruhan pasukan memang baik. Kita akan merujuk kepada video untuk atasi kelemahan dan bersedia untuk perlawanan seterusnya...Kita kena mencatatkan kemenangan dalam aksi seterusnya, harap semua pemain pamerkan prestasi yang lebih baik," katanya menerusi video yang dikongsikan Konfederasi Hoki Malaysia.
Dua pasukan teratas liga sepusingan akan berentap pada final untuk menentukan juara pada Sabtu manakala pasukan di kedudukan ketiga dan keempat akan beraksi dalam penentuan ketiga.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 07 2023
Skuad negara seterusnya akan bertemu New Zealand dan Hong Kong esok, diikuti aksi terakhir liga menentang Afrika Selatan pada Jumaat. - Foto Facebook Malaysian Hockey Confederation
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Piala Asia: Malaysia mara ke final, tempah slot ke Piala Dunia 2025
Keputusan itu menyaksikan Malaysia memperoleh lima mata keseluruhan dan menduduki tangga kedua Kumpulan C di belakang Iran.
Hoki Dalam Dewan Piala Asia: Malaysia raih tempat ketiga
Kemenangan tersebut mengulangi pencapaian dilakar pada edisi 2010, 2012 dan 2022.
Piala Asia: Skuad hoki dalam dewan buru final untuk layak Piala Dunia
Subahan Kamal berkata skuad negara dilihat semakin mantap dengan gabungan pemain berpengalaman dan baharu untuk kejohanan berkenaan.
Skuad hoki dalam dewan wanita kejutkan Switzerland 3-1
Skuad wanita negara menewaskan Switzerland 3-1 pada aksi keempat saingan liga sepusingan Kejohanan Hoki Dalam Dewan Antarabangsa Piala Tuanku Zara 2023.
Tak mahu lagi 'tangkap muat', KHM mahu cari pemain tetap skuad hoki dalam dewan
Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) merancang memiliki pemain secara tetap bagi skuad hoki dalam dewan lelaki dan wanita pada masa depan.
Malaysia bakal kehilangan 14 pingat emas di Vietnam
Mesyuarat Majlis Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) meluluskan rayuan jujitsu, triathlon, e-sukan dan boling tenpin untuk menjadikan jumlah keseluruhan 40 jenis sukan.